πŸ›‘οΈ NEWSLETTER NOVEMBER

Aktiviti Semasa | 4 November 2025

Memperkasa Keselamatan Siber, Melindungi Generasi Digital

Hai warga digital! 🌐
Bulan November ini, mari sama-sama kita tingkatkan kesedaran dan ilmu tentang keselamatan siber agar kita lebih bersedia menghadapi ancaman dunia maya yang kian mencabar.

πŸ’» WEBINAR NOVEMBER

Jangan lepaskan peluang untuk sertai dua sesi menarik bulan ini:
πŸ“… 6 November 2025 (Khamis)
Tajuk: Permulaan di University, Masa Depan di Cybersecurity
πŸ•’ 3:00 – 4:30 petang

πŸ“… 20 November 2025 (Khamis)
Tajuk: Risiko Siber dalam Dunia AI
πŸ•’ 3:00 – 4:30 petang

Ilmu baharu, pandangan pakar β€” semua ada di sini!

🀝 NADI x Cybersecurity Program Madani Rakyat

πŸ“ Melaka, 19 Oktober 2025
Program β€œMeet & Greet Perwira Cyber NADI dan Simulasi Ransomware” berjaya menarik penyertaan ramai dalam Program Madani Rakyat 2025. Aktiviti simulasi ini meningkatkan kesedaran keselamatan siber dan memberi ruang pembelajaran interaktif kepada masyarakat.

🚫 Bahaya Public WiFi

Tahukah anda? WiFi percuma di restoran, hotel atau tempat awam mungkin membawa risiko keselamatan tinggi!
πŸ”΄ Penjenayah siber boleh mencuri maklumat peribadi anda melalui rangkaian WiFi awam tanpa penyulitan.

Elakkan menggunakan WiFi awam untuk transaksi perbankan dan urusan jual beli dalam talian.

πŸ’‘ Tips Menggunakan Public WiFi dengan Selamat

  1. πŸ›‘οΈ Gunakan VPN – Lindungi data dan maklumat peribadi anda.
  2. πŸ” Aktifkan Pengesahan Dua Faktor (2FA) – Lapisan keselamatan tambahan untuk akaun anda.
  3. 🚫 Nyahaktif Perkongsian Fail – Elak data dipintas.
  4. πŸ“Ά Pastikan Nama Rangkaian Betul – Jangan sambung ke rangkaian palsu.

⚠️ SCAM ALERT

Jangan mudah percaya dengan panggilan, mesej atau e-mel mencurigakan. Semak dahulu sebelum berkongsi maklumat!

πŸ“ž Saluran Bantuan Jika Menjadi Mangsa Jenayah Siber

NADI – Pusat Sebaran Maklumat Nasional
πŸŒ€ #NADICybersecurity #KeselamatanSiber #ProgramMadaniRakyat