mcmc
Maklumat Setempat

LAPORAN AKTIVITI 2021 : Kelas menaip dan melabel peta bulan april

Tarikh   : 4 April 2021

Masa     : 9.00 pagi – 11.00 pagi

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PI

Tujuan

Memberi pengetahuan kepada peserta tentang kegunaan microsoft word serta meningkatkan kemahiran peserta dalam menaip, melabel peta serta penggunaan google.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, petugas mengajak peserta menonton video KDB yang bertajuk “Tidak pasti jangan kongsi”. Petugas meningatkan peserta agar memeriksa terlebih dahulu kesahihan sesuatu maklumat sebelum menyebarkannya kepada orang lain. Seterusnya, petugas menerangkan tentang kegunaan microsoft word. Peserta diberi tugasan untuk menaip dan melabel peta. Petugas mengajar peserta cara memuat turun gambar  peta daripada google, memasukkan tajuk dan perkataan, bentuk yang sesuai (insert shape) untuk latihan melabel peta itu serta cara memilih dan menukar warna yang sesuai. 

Klik sini untuk lihat foto