PERKARA |
BUTIRAN |
Gambar produk |
|
Nama perniagaan |
Peniaga jeruk asam mangga |
Alamat |
Kampung Mang, 94300 Kota Samarahan, Sarawak |
Nama peniaga |
Maizura Binti Abu Kassim |
No. telefon dan Fb |
019-8916746 |
Bilangan pekerja |
2 Orang |
Tentang perniagaan |
Puan Maizura merupakan seorang usahawan atas talian yang aktif di Kampung Mang. Beliau menjual pelbagai jenis barang keperluan termasuk pakaian, minuman dan barangan rumah. Baru-baru ini, beliau mula menjadikan jeruk asam mangga sebagai antara barang yang diniagakannya. Stok jeruk diperolehi daripada rakannya yang membuat sendiri jeruk tersebut di rumah. Kelebihan memiliki kenalan yang ramai di media sosial Facebook sangat memudahkan Puan Maizura membuat kerja-kerja pengiklanan. Kebiasaannya, dalam masa beberapa jam sahaja jeruk asam mangga beliau terjual habis sehingga mencapai 200 bungkus sehari. Faktor harga yang mampu milik juga mempengaruhi kejayaan perniagaan Puan Maizura itu. Ada dalam kalangan peniaga lain yang menjual jeruk seperti itu dengan harga RM5 sebungkus sedangkan Puan Maizura cuma menjual dengan RM4 sebungkus. |
Keusahawanan
7 April 2022