USAHAWAN ROTI, DONUT DAN WANTAN
PERKARA |
BUTIRAN |
Gambar produk |
|
Nama produk |
Usahawan roti, donut dan wantan |
Alamat |
Kampung Mang, 94300, Kota Samarahan, Sarawak |
Harga |
Rm5.00 – Rm10.00 |
Nama pengusaha |
Norasmah Binti Suut |
No. telefon dan Fb |
014-8881058 |
Bilangan pekerja |
2 orang |
Tentang perniagaan |
Cik Norasmah merupakan salah seorang staf AM Bakery Samarahan. Sebelum menyertai AM Bakery, beliau turut memiliki pengalaman bekerja di Big Apple Donut dan Sushi King. Minat dalam kerja pembuatan makanan, roti dan pastri menyebabkan beliau memilih untuk bekerja dalam perusahaan berkaitan bidang tersebut. Selain bekerja, beliau turut menjalankan bisnes kecil-kecilan sediri apabila ada kelapangan di rumah berbekalkan pengalaman dan kemahiran yang telah ditimba dari tempat kerja. Sebelum mengenali PEDi, Cik Norasmah hanya mengiklankan produk jualannya menggunakan aplikasi whatsApp serta facebook. Setelah berdaftar menjadi ahli di PEDi Kampung Niup dan mendapat latihan ICT di PEDi, Cik Norasmah telah memanfaatkan kemahiran yang telah dipelajari untuk menambah baik kaedah pengiklanan barang jualannya. Beliau dibimbing cara membuat logo sendiri (sticker pelekat) menggunakan perisian microsoft power point dan postermywall. Logo yang siap dibuat akan dicetak pada kertas pelekat (sticker glossy paper). Penggunaan logo akan memudahkan pelanggan untuk mengenali barangan yang dijual oleh Cik Norasmah. Petugas PEDi turut membimbing beliau cara mengiklankan barangan yang dijual menggunakan platform jualan atas talian iaitu Shopee.
|