Tarikh : 7 Februari 2024 Masa : 2.00 petang – 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan cop perniagaan, serta rekaan yang sesuai untuk cop perniagaan.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, kelas dimulakan dengan bacaan Al Fatihah dan doa. Seterusnya, petugas menerangkan kepada peserta tentang jenis-jenis perniagaan yang ada. Pada masa yang sama, petugas menerangakn tentang urusan-urusan yang akan dilakukan oleh peniaga. Ada urusan yang dilaksanakan akan memerlukan cop. Petugas menerangkan kepentingan cop perniagaan kepada peserta serta rekaan yang sesuai. Menggunakan aplikasi yang sesuai, peserta diajar cara yang betul untuk membat rekaan cop perniagaan. Diakhir kelas, petugas meringkaskan semula pembelajaran hari ini