Tarikh : 2 December 2024 Masa : 2.00 petang – 4.00 petang Lokasi : NADI Pekan Samarahan Peserta : Ahli NADI |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk menggalakkan kreativiti dalam reka bentuk poster dan melatih pelajar menyampaikan maklumat dengan jelas dan menarik
Pada permulaan kelas, peserta perlu membuka laman Canva. Selepas itu, peserta menekan tajuk utama yang diberikan oleh pengajar iaitu Poster. Seterusnya, peserta mencari contoh poster yang menarik dan yang berkaitan dengan tajuk untuk mereka edit. Kemudian, peserta mengedit mengikut kreativiti masing-masing agar poster nampak lebih menarik. Apabila sudah habis mengedit ,peserta akan memasukkan gambar yang telah di muat turun ke dalam poster yang mereka editkan itu. Akhir sekali, peserta menyimpan dokumen tersebut dengan menekan Save di bahagian tepi.