mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI BULAN SEPTEMBER 2024

LAPORAN AKTIVITI SEPTEMBER 2024

TARIKH : 01 SEPTEMBER 2024

Program / Aktiviti / Kelas: E-LEARNING – DIY (MINI BAKUL TEMA MERDEKA)
Masa: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 8 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk menambah idea kreatif dikalangan peserta yang hadir.

Aktiviti: Pada permulaan kelas, peserta akan dipertontonkan terlebih dahulu video cara membuat mini bakul tersebut. Kemudian, pengajar akan mengagihkan bahan-bahan yang diperlukan seperti kertas 4 warna (merah, putih, kuning, biru), gunting, gam, dan gambar bunga raya yang telah dicetak. Seterusnya, peserta akan memulakan tugasan tersebut dengan mengukur saiz panjang dan lebar untuk setiap helaian yang diperlukan. Selepas itu, peserta akan mencantumkan helaian yang telah diukur dan digunting untuk menjadi sebuah mini bakul. Akhir sekali, peserta akan melekatkan gambar bunga raya yang telah digunting ditepi bahagian gagang bakul tersebut

TARIKH : 02 SEPTEMBER 2024

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk prinsip keseimbangan dan gravity serta memahami bagaimana objek dapat seimbang walaupun dalam situasi yang kelihatan tidak stabil

Aktiviti: Pada permulaan kelas, peserta akan menonton video yang disediakan oleh pengajar terlebih dahulu. Kemudian, pengajar akan mengagihkan bahan-bahan yang diperlukan dalam kelas ini iaitu cawan plastic, air, batang aiskrim dan cawan kertas. Seterusnya, peserta perlu meletakkan cawan kertas di atas batang aiskrim dengan cara yang mengekalkan keseimbangan tanpa menjatuhkan cawan kertas tersebut. Peserta boleh bereksperimen dengan meletakkan cawan kertas yang berisi air tadi di pelbagai tempat untuk mencari titik keseimbangan. Akhir sekali, peserta akan melihat sendiri sejauh mana cawan kertas yang beriis air tadi kekal seimbang dengan eksprimen yang para peserta lakukan.

TARIKH : 04 SEPTEMBER 2024

Program / Aktiviti / Kelas: KEUSAHAWANAN – NAMETAG DIY
Masa: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 4 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan kepada peserta tentang produk yang boleh dijadikan sebagai jualan oleh usahawan menggunakan bahan yang mudah

Aktiviti: Pada permulaan kelas, dimulakan dengan bacaan doa. Petugas menerangkan tentang produk-produk DIY yang boleh dibuat menggunakan bahan mudah kepada peserta. Seterusnya petugas mengagihkan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Nametag DIY (Knitting Yarn, Gunting, Kadbod). Dengan bimbingan petugas, peserta membuat nametag nama sendiri menggunakan bahan yang telah diberikan. Langkah-langkah membentuk huruf diajar dengan teliti oleh petugas kepada peserta. Peserta berjaya menyiapkan Nametag DIY dalam masa yang ditetapkan

TARIKH : 05 SEPTEMBER 2024

Program / Aktiviti / Kelas: E-LEARNING – FAST TYPING [ZTY.PE]
Masa: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 5 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang medium interaktif yang boleh digunakan untuk belajar menaip dengan pantas

Aktiviti: Pada permulaan kelas, dimulakan dengan bacaan doa. Petugas menguji tahap kemahiran menaip peserta sebelum meneruskan dengan permainan atas talian yang boleh membantu meningkatkan kepantasan menaip peserta. Seterusnya, petugas menerangkan kepada peserta tentang aplikasi atas talian zty.pe yang boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran menaip masing-masing. Aplikasi ini berbentuk permainan atas talian. Petugas meminta peserta untuk memulakan permainan di komputer masing-masing dan mencatat markah yang diperoleh. Permainan dijalankan sebanyak beberapa pusingan, peserta yang mendapat markah tertinggi diberikan hadiah sebagai galakan

TARIKH : 06 SEPTEMBER 2024

Program / Aktiviti / Kelas: ICT – INFOGRAFIK (PENUBUHAN MALAYSIA)
Masa: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 5 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk menambah ilmu peserta dan membuat peserta mengulangkaji pelajaran serta menambah minat peserta dalam mengetahui sejarah-sejarah yang penting

Aktiviti: Pada permulaan kelas, peserta akan membuka laman Canva. Kemudian, peserta akan menaip “infografik”. Maka disitu peserta akan memilih template yang cantik dan menarik untuk mereka. Selepas itu, peserta akan mencari maklumat di google yang berkaitan dengan penubuhan Hari Malaysia. Seterusnya, peserta akan memasukkan info-info yang mereka perolehi tadi ke dalam template yang mereka pilih. Akhir sekali, peserta akan melihat sendiri infografik tersebut akan membuatkan mereka lebih mudah nak faham serta ingat

TARIKH : 08 SEPTEMBER 2024

Program / Aktiviti / Kelas: SOFT SKILL – CHOPSTICK CHALLENGE
Masa: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 5 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan kemahiran fokus serta memupuk kesabaran dan ketekunan dalam diri peserta.

Aktiviti: Pada permulaan kelas, pengajar akan mengagihkan bahan-bahan yang diperlukan seperti chopstick, kacang hijau, pinggan dan jam. Kemudian, peserta akan memulakan cabaran tersebut dengan mengambil biji kacang hijau ke dalam pinggan yang lain. Akhir sekali, pemenang akan dikira melalui jangka masa yang pendek dalam menyelesaikan cabaran tersebut.

TARIKH : 09 SEPTEMBER 2024

Program / Aktiviti / Kelas: SOFT SKILLS – PRESENTATION SKILLS
Masa: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 5 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang cara yang sesuai untuk menyampaikan pembentangan

Aktiviti: Pada permulaan kelas, dimulakan dengan bacaan doa. Peserta diterangkan tentang aktiviti yang akan dijalan semasa kelas. Petugas menayangkan video pengucapan awam kepada peserta. Peserta diminta untuk menyatakan pemerhatian mereka terhadap video yang telah ditayangkan. Petugas memberi penekanan kepada keyakinan diri berdasarkan video yang telah ditonton. Seterusnya, petugas meminta peserta untuk menyediakan slide pembentangan yang akan digunakan dalam aktiviti pembentangan. Setelah siap slide, setiap peserta diminta untuk membentangkan tentang diri mereka dihadapan kelas. Peserta berjaya membentangkan slide dengan cemerlang, dan penuh keyakinan

TARIKH : 10 SEPTEMBER 2024

Program / Aktiviti / Kelas: ICT – PENGENALAN KEPADA GOOGLE DRIVE
Masa: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 5 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk mendedahkan peserta kepada perkembangan teknologi semasa dan kegunaan asas Google Drive

Aktiviti: Pada permulaan kelas, dimulakan dengan bacaan doa. Petugas bertanya kepada peserta sekiranya mereka pernah mendengar tentang Google Drive untuk menguji tahap penguasaan mereka. Kebanyakan peserta belum pernah mendengar tentang Google Drive. Petugas membentangkan dan menerangkan tentang kegunaan asas Google Drive kepada peserta. Seterusnya, petugas meminta peserta untuk menyediakan slide pembentangan yang ringkas menggunakan Power Point, menerangkan tentang kesukaan mereka (makanan, minuman, hobi dll). Setelah siap slide pembentangan, petugas menunjukkan cara untuk memuatnaik fail ke dalam Google Drive. Peserta memuatnaik fail ke dalam Google Drive dengan bimbingan dari petugas. Petugas juga menerangkan kepada peserta bahawa mereka boleh melihat dan mengedit hasil kerja rakan mereka melalui Google Drive. Kelas diakhiri dengan ringkasan pembelajaran pada hari tersebut.

TARIKH : 11 SEPTEMBER 2024

Program / Aktiviti / Kelas: ICT – MENEKA NAMA BENDERA NEGERI DALAM MALAYSIA
Masa: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 5 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk peserta mengenali lebih dalam mengenai bendera dalam Malaysia

Aktiviti: Pada permulaan kelas, akan dimulaikan dengan membaca doa. Kemudian, peserta akan di minta untuk membuka laman Youtube. Seterusnya, peserta akan menaip teka teki nama-nama bendera negeri dalam Malaysia. Sebelum, peserta memulakan teka teki tersebut, peserta akan diberik arahan untuk melihat bahagian soalan nya sahaja. Akhir sekali, apabila kesemua peserta memberi jawapan, barulah pengajar akan menekan video tersebut untuk disiarkan bagi mengetahui apakah jawapan yang dijawab oleh peserta-peserta tadi betul ataupun salah

TARIKH : 14 SEPTEMBER 2024

Program / Aktiviti / Kelas: STEM – LUKISAN YANG HILANG
Masa: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 4 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk mendedahkan peserta kepada konsep Pembiasan Cahaya yang berlaku semasa aktiviti dijalankan

Aktiviti: Pada permulaan kelas, dimulakan dengan bacaan doa. Petugas menerangkan kepada peserta tentang konsep pembiasan cahaya, serta memberikan contoh-contoh yang berlaku dalam kehidupan seharian. Untuk menguji pemahaman peserta, petugas meminta mereka untuk menyebutkan beberapa contoh lain yang mereka tahu. Seterusnya, petugas mengagihkan bahan yang akan digunakan untuk aktiviti (pensel warna, lukisan, plastik lutsinar, marker). Peserta diminta untuk mewarnakan lukisan mengikut kreativiti masing-masing. Setelah siap mewarna, lukisan dimasukkan kedalam plastik dan rangka lukisan dilukis diluar plastik. Seterusnya, lukisan yang telah siap dilukis rangka dimasukkan ke dalam bekas berisi air. Peserta diminta untuk memerhatikan lukisan dari sudut 45 darjah. Warna pada lukisan hilang, hanya lukisan rangka yang kelihatan. Petugas sekali lagi menerangkan tentang konsep pembiasan cahaya kepada peserta. Setiap peserta diberikan peluang untuk mencuba memasukkan lukisan kedalam bekas dan cuba melihat dari sudaut yang berbeza.

TARIKH : 15 SEPTEMBER 2024

Program / Aktiviti / Kelas: ICT – ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT (PENCETAK)
Masa: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 5 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk menerangkan kepada peserta tentang kegunaan asas pencetak

Aktiviti: Pada permulaan kelas, dimulakan dengan bacaan doa. Petugas membuat penerangan kepada peserta tentang fungsi mesin pencetak, serta komponen-komponen yang ada pada mesin pencetak. Selesai sesi penerangan, petugas meminta peserta untuk membuat rekaan sticker nama mereka mengikut kreativiti masing-masing. Petugas memaklumkan kepada peserta bahawa sticker tersebut akan dicetak sendiri oleh pesert menggunakan mesin pencetak. Petugas mengajar peserta cara-cara untuk menyimpan fail yang telah dicipta oleh mereka. Seterusnya, peserta diminta untuk datang seorang demi seorang ke hadapan, untuk mencuba sendiri pengalaman mencetak bahan yang telah disiapkan. Dengan bimbingan dari petugas, peserta mencetak sticker yang telah direka. Sebelum bersurai, petugas sekali lagi menerangkan secara ringkas tentang kegunaan. mesin pencetak dan langkah-langkah untuk mencetak bahan yang dikehendaki.

TARIKH : 19 SEPTEMBER 2024

Program / Aktiviti / Kelas: STEM – GUNUNG BERAPI
Masa: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 8 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan kepada peserta tentang proses berlakunya letusan Gunung Berapi

Aktiviti: Pada permulaan kelas, dimulakan dengan bacaan doa. Sebelum aktiviti bermula, tayangan video tentang letusan gunung berapi kepada peserta. Selesai tayangan video, petugas memberi ringkasan tentang video dan menekankan kepada nama elemen yang ada semasa letusan berlaku. Petugas seterusnya mengagihkan bahan yang akan digunakan untuk aktiviti. Setelah selesai menyediakan bahan dan setup rangka gunung berapi, petugas meminta peserta untuk memasukkan baking powder ke dalam bekas yang berisi cuka yang telah dimasukkan pewarna merah. Cuka meruap dan keluar dari bekas. Petugas menerangkan sekali lagi proses yang berlaku kepada peserta. Selesai aktiviti, petugas meminta peserta untuk menyebutkan sekali lagi proses yang berlaku semasa terjadinya letusan gunung berapi dan elemen-elemen yang ada semasa letusan berlaku.

TARIKH : 21 SEPTEMBER 2024

Program / Aktiviti / Kelas: E LEARNING – KEYBOARD CLIMBER
Masa: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 8 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk mendedahkan kepada peserta tentang medium interaktif yang boleh digunakan untuk belajar menaip

Aktiviti: Pada permulaan kelas, Kelas dimulakan dengan bacaan doa. Petugas menguji tahap kemahiran menaip peserta sebelum meneruskan dengan permainan atas talian yang boleh membantu meningkatkan kepantasan menaip peserta. Seterusnya, petugas menerangkan kepada peserta tentang aplikasi atas talian Keyboard Climber yang boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran menaip masing-masing. Aplikasi ini berbentuk permainan atas talian. Petugas meminta peserta untuk memulakan permainan di komputer masing-masing dan mencatat markah yang diperoleh. Permainan dijalankan sebanyak beberapa pusingan, peserta yang mendapat markah tertinggi diberikan hadiah sebagai galakan.