mcmc
Laporan AktivitiUncategorized

LAPORAN AKTIVITI BULAN NOVEMBER 2024

LAPORAN AKTIVITI NOVEMBER 2024

TARIKH : 01 NOVEMBER 2024

Program / Aktiviti / Kelas: MEWARNA MENGIKUT NOMBOR DENGAN MENGGUNAKAN TABLET
Masa: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 5 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk membantu peserta mengenal nombor dan warna dengan cara yang interaktif dan menyeronokkan serta mereka dapat belajar mengenali nombor sambil mewarnakan.

Aktiviti: Pada permulaan kelas, pengajar menerangkan cara mewarna mengikut nombor seperti yang ada dalam tabletnya. Kemudian, peserta memulakan aktiviti mewarna setelah mereka faham tugasan yang diberi. Seterusnya, peserta akan berlumba-lumba untuk menyiapkan mewarna tersebut dengan lebih cepat. Akhir sekali, peserta yang dapat menyiapkan tugasan mewarna tersebut dengan cepat, maka dialah pemenang dalam sesi pembelajaran itu.

TARIKH : 02 NOVEMBER 2024

Program / Aktiviti / Kelas: ICT – PENGENALAN PAPAN KEKUNCI UNTUK PEMULA
Masa: 02.00 PETANG – 04.00 PETANG
Lokasi: KEUSAHAWANAN – MEMBUAT POSTER MENU MAKANAN
Peserta: 2 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk peserta mempelajari ilmu baru iaitu mengenali kegunaan papan kekunci

Aktiviti: Pada permulaan kelas, peserta akan dipertontonkan terlebih dahulu video pengenalan computer. Kemudian, peserta akan ditanya satu persatu mengenai peranti output seperti tetikus, papan kekunci dan sebagainya. Selepas itu, peserta akan menaip teks yang diberi oleh pengajar. Akhir sekali, peserta akan diuji dengan persoalan yang berkaitan dengan papan tetikus.

TARIKH : 04 NOVEMBER 2024

Program / Aktiviti / Kelas: ICT – MICROSOFT POWER POINT (FAMILY TREE)
Masa: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 10 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang Family Tree menggunakan Microsoft Power Point.

Aktiviti:  Kelas dimulakan dengan bacaan doa. Petugas bertanya kepada peserta sekiranya mereka pernah mendengar atau membuat Family Tree (Salasilah Keluarga). Kebanyakan peserta belum pernah mendengar tentang Family Tree. Petugas seterusnya menerangkan apakah itu Family Tree dan bagaimana Family Tree boleh dibentuk. Selesai sesi penerangan, petugas meminta peserta untuk menyiapkan Family Tree keluarga masing-masing. Setelah siap, peserta diminta untuk membentangkan Salasilah Keluarga di hadapan kelas.

TARIKH : 08 NOVEMBER 2024

Program / Aktiviti / Kelas: STEM – BELON KERTAS DAN STRAW
Masa: 02.00 PETANG – 04.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 4 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kelas ini adalah untuk menunjukkan bagaimana sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik berkait rapat dengan perkara harian seperti daya gerakan dan struktur

Aktiviti : Pada permulaan kelas, pengajar akan menerangkan konsep asas seperti daya gerakan (contohnya, udara dari belon boleh menggerakkan straw atau kertas). Kemudian, pengajar memberikan bahan-bahan yang diperlukan seperti selotep kepada semua peserta. Petugas meminta mereka mencipta objek (seperti kapal) menggunakan selotep, kertas, dan straw. Akhir sekali, peserta akan uji ciptaan mereka, contohnya, melepaskan belon kertas untuk melihat sejauh mana ia boleh menggerakkan ciptaan mereka

TARIKH : 10 NOVEMBER 2024

Program / Aktiviti / Kelas: STEM – BEKAS ALAT TULIS
Masa: 9.30 PAGI – 11.30 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 3 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk menanamkan rasa bertanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri peserta

Aktiviti: Kelas dimulakan dengan bacaan doa. Petugas meminta peserta menyebutkan bencana yang mereka tahu dan pernah terjadi. Petugas seterusnya menanyakan punca kepada berlakunya bencana yang telah disebutkan. Setelah itu, petugas turut menerangkan antara punca berlakunya bencana alam termasuklah disebabkan oleh bahan buangan yang tidak dapat dikitar semula yang terlalu banyak. Perkongsian berkenaan kesan bahan plastik kepad alam sekitar turut diterangkan. Seterusnya, petugas mengagihkan botol kepada peserta dan meminta mereka membuat bekas pensel mengikut kreativiti masing-masing. Stiker nama untuk diletakkan pada bekas pensel turut direka menggunakan aplikasi canva. Di akhir kelas, petugas mengingatkan peserta agar sentiasa berusaha untuk mengurangkan penggunaan plastik dalam kehidupan seharian untuk kesejahteraan alam semulajadi.

TARIKH : 14 NOVEMBER 2024

Program / Aktiviti / Kelas: PENGENALAN KEPADA GOOGLE TRANSLATE
Masa: 02.30 PETANG – 04.30 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 8 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan untuk memberi pengetahuan kepada peserta tentang kegunaan asas Google Translate

Aktiviti : Kelas dimulakan dengan bacaan doa. Petugas memberikan perkataan Bahasa Inggeris kepada peserta dan bertanyakan apakah maksud perkataan tersebut. Ada peserta yang boleh menjawab dan ada peserta yang tidak tahu makna perkataan yang disebutkan. Petugas seterusnya menerangkan kepada peserta tentang aplikasi Google Translate yang boleh digunakan untuk menterjemah perkataan ataupun ayat dari pelbagai bahasa ke Bahasa Melayu. Peserta mencuba sendiri menggunakan aplikasi Google Translate. Seterusnya, petugas memberikan teks Bahasa Inggeris dan meminta peserta menterjemahkan teks tersebut ke dalam Bahasa Melayu menggunakan Google Translate. Kesemua peserta berjaya menyiapkan tugasan dalam masa yang diberikan

TARIKH : 15 NOVEMBER 2024

Program / Aktiviti / Kelas: E-LEARNING – QUIZZIZ PENDIDIKAN ISLAM
Masa: 02.00 PETANG – 04.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 7 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan untuk meningkatkan kefahaman pelajar terhadap topik Pendidikan Islam secara interaktif dan memupuk minat pelajar melalui pendekatan pembelajaran digital.

Aktiviti : Kelas dimulakan dengan baca doa. peserta akan mendaftar melalui kod kuiz yang diberikan oleh pengajar. Kemudian, Pelajar menjawab soalan secara langsung (live quiz). Akhir sekali, analisis pencapaian dapat dibuat melalui laporan Quizizz.

TARIKH : 24 NOVEMBER 2024

Program / Aktiviti / Kelas: E-LEARNING -SPEED TYPING TEST
Masa: 02.00 PETANG – 04.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 6 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan untuk melatih peserta menaip dengan pantas dan tepat serta membantu peserta lebih mahir menggunakan papan kekunci

Aktiviti : Pada permulaan kelas, pengajar akan memperkenalkan tujuan aktiviti Speed Typing Test. Kemudian, pengajar menyuruh peserta melayari laman web ujian menaip, seperti ini www.speedtypingtest.com. Selepas itu, pengajar memberikan arahan jelas tentang cara memulakan ujian. Contoh: “Apabila saya kata ‘Mula’, anda boleh klik pada butang Start Test.” Akhir sekali, selepas ujian tamat, peserta diminta mencatat hasil (WPM dan ketepatan) yang dipaparkan di skrin