mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI BULAN DISEMBER 2024

LAPORAN AKTIVITI DISEMBER 2024

TARIKH : 01 DISEMBER 2024

Program / Aktiviti / Kelas: MEMBUAT BANNER
Masa: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 2 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan daya tarikan kelas melalui reka bentuk kreatif

Aktiviti: Pada permulaan kelas, peserta akan diterangkan objek-objek dan maklumat yang penting untuk dimasukkan ke dalam banner. Kemudian, peserta akan mencari gambar di google dan dimasukkan ke dalam banner yang mereka reka. Peserta memasukkan gambar dengan menekan Insert>Shapes>klik Right>Fill In>Picture. Untuk memasukkan perkataan ataupun ayat , ianya seperti biasa dengan menekan Insert>Text Box. Akhir sekali, peserta akan menyimpan dokumen tersebut dengan menekan Save.

TARIKH : 02 DISEMBER 2024

Program / Aktiviti / Kelas: KEUSAHAWANAN – MEMBUAT POSTER MENU MAKANAN
Masa: 02.00 PETANG – 04.00 PETANG
Lokasi: KEUSAHAWANAN – MEMBUAT POSTER MENU MAKANAN
Peserta: 2 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk menggalakkan kreativiti dalam reka bentuk poster dan  melatih pelajar menyampaikan maklumat dengan jelas dan menarik.

Aktiviti: Pada permulaan kelas, peserta perlu membuka laman Canva. Selepas itu, peserta menekan tajuk utama yang diberikan oleh pengajar iaitu Poster. Seterusnya, peserta mencari contoh poster yang menarik dan yang berkaitan dengan tajuk untuk mereka edit. Kemudian, peserta mengedit mengikut kreativiti masing-masing agar poster nampak lebih menarik. Apabila sudah habis mengedit ,peserta akan memasukkan gambar yang telah di muat turun ke dalam  poster yang mereka editkan itu. Akhir sekali, peserta menyimpan dokumen tersebut dengan menekan Save di bahagian tepi  

TARIKH : 03 DISEMBER 2024

Program / Aktiviti / Kelas: SOFT SKILL – BELAJAR BEKERJASAMA DAN BERKOMUNIKASI
Masa: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 5 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk mengajar peserta bagaimana untuk bekerjasama dengan rakan-rakan dalam Kumpulan dan saling membantu untuk mencapai matlamat bersama.

Aktiviti: Pada permulaan kelas, pengajar akan menerangkan bagaimana melaksanakan kelas tersebut. Kemudian, seorang peserta menjadi pemandu arahan, dan seorang lagi menjadi pelaksana. Seterusnya, Pemandu arahan hanya boleh menggunakan gaya badan untuk membantu pelaksana meneka gaya yang diberikan. Pelaksana tidak dibenarkan bercakap atau bertanya. Selepas itu, tukar peranan selepas 3-5 minit. Akhir sekali peserta terakhir akhir akan meneka gaya apa yang dibuat oleh pemandu arahan tadi.

TARIKH : 04 DISEMBER 2024

Program / Aktiviti / Kelas: ICT: JOM MENAIP DENGAN MUDAH
Masa: 02.30 PETANG – 04.30 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 4 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang Family Tree menggunakan Microsoft Power Point

Aktiviti : Kelas dimulakan dengan bacaan doa. Petugas meminta peserta untuk mencari cerita pendek yang mereka suka di internet. Seterusnya, peserta diminta untuk mengambil satu perenggan dari cerita pendek tersebut dan menaipnya ke dalam Microsoft Power Point. Setelah selesai menaip, peserta menambah latar belakang, bentuk, gambar dan items lain ke dalam cerita pendek yang telah ditaip Untuk menambah items tersebut, peserta dibimbing oleh petugas. Di akhir kelas, petugas merumuskan pembelajaran yang telah dipelajari pada kali ini.

TARIKH : 08 DISEMBER 2024

Program / Aktiviti / Kelas: STEM- MINI GUNUNG BERAPI
Masa: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 5 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan asas tentang konsep tindak balas kimia (contohnya, antara baking soda dan cuka) yang menghasilkan letusan mini gunung berapi.

Aktiviti: Pada permulaan kelas, penerangan ringkas mengenai gunung berapi (bagaimana ia terbentuk, proses letusan). Kemudian, peserta membina model gunung berapi menggunakan bahan seperti tanah liat, Peserta menghias gunung berapi mengikut kreativiti masing-masing. Selepas itu, peserta mencampurkan baking soda dan pewarna makanan di dalam tanah liat gunung berapi. Kemudian, pengajar menambah cuka sedikit demi sedikit, dan peserta akan memerhatikan “letusan. Akhir sekali, peserta membuat pemerhatian dan mencatatkan apa yang berlaku

TARIKH : 13 DISEMBER 2024

Program / Aktiviti / Kelas: E-LEARNING: QUIZIZZ (ENGLISH)
Masa: 02.30 PETANG – 04.30 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 8 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan memberi pengetahuan kepada peserta tentang platform interaktif yang boleh digunakan untuk mengulangkaji pelajaran

Aktiviti : Kelas dimulakan dengan bacaan doa. Kemudian, ulangkaji asas dibuat sebelum meneruskan dengan kuiz menggunakan aplikasi Quizizz. Peserta menjawab soalan yang tertera pada skrin menggunakan aplikasi Quizizz. Penerangan dan perbincangan turut dijalankan bersama peserta semasa kuiz berlangsung. Di akhir sesi, petugas mengingatkan peserta untuk rajin mengulangkaji pelajaran agar apa yang dipelajari tidak dilupakan

TARIKH : 20 DISEMBER 2024

Program / Aktiviti / KelasICT: ASAS MICROSOFT EXCEL
Masa: 02.30 PETANG – 04.30 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 10 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan memberi pengetahuan kepada peserta tentang kegunaan asas Microsoft Excel

Aktiviti : Kelas dimulakan dengan bacaan doa. Petugas menerangkan kepada peserta tentang apakah itu Microsoft Excel serta ciri-ciri yang ada padanya. Setelah itu, petugas meminta peserta untuk menaip nombor yang disebutkan pada baris dan lajur yang ditetapkan. Latihan ini adalah untuk membiasakan peserta membaca baris dan lajur yang betul pada Microsoft Excel. Seterusnya, petugas turut berkongsi cara mudah untuk mencari hasil tambah nombor yang ada dalam dokumen Excel peserta. Di akhir sesi, petugas merumuskan sekali lagi pembelajaran pada hari tersebut

TARIKH : 21 DISEMBER 2024

Program / Aktiviti / Kelas: KEUSAHAWANAN – MARI DIGITALKAN BISNES ANDA!
Masa: 09.00 PAGI – 03.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 6 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan Memberi pendedahan kepaa peserta tentang pendigitalan bisnes menggunakan Media Sosial (TikTok)

Aktiviti : Program dimulakan dengan sesi taklimat oleh tenaga pengajar dari UNIMAS. Sesi pertama merupakan pengenalan kepada pemasaran digital dimana pengajar menerangkan tentang bisnes yang boleh dijalankan secara atas talian pada masa kini serta perkongsian yang berkaitan. Slot seterusnya, pengajar turut membimbing peserta cara-cara untuk mendaftar TikTok Seller Centre, pada masa yang sama membantu peserta untuk menyediakan akaun TikTok Seller. Setelah itu, perkongsian berkenaan penulisan prompt untuk pemasaran menggunakan ChatGPT turut dilaksanakan. Pada program kali ini, pengajar turut melaksanakan sesi Live TikTok Shop bersama peserta agar peserta dapat merasai sendiri pengalaman membuat sesi Live di TikTok Shop. Di akhir program, pengajar berkongsi kepada peserta berkenaan kesedaran tentang TikTok iaitu etika yang bperlu diikuti agar tidak melanggar adab yang sepatutnya.