LAPORAN AKTIVITI JANUARI 2025
TARIKH : 06 JANUARI 2025
Program / Aktiviti / Kelas | : E- LEARNING – KUIZ PENDIDIKAN ISLAM |
Masa | : 2.00 PETANG – 4.00 PETANG |
Lokasi | : NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN |
Peserta | : 4 ORANG PESERTA |
Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk aktiviti visual dan gamifikasi membantu peserta memahami konsep abstrak seperti rukun wudhuk, rukun iman, rukun Islam, doa harian, atau hukum-hakam agama dengan lebih mudah.
Aktiviti: Pada permulaan kelas, peserta pilih templat aktiviti (contoh: Kuiz, Padanan, Susun Kata). Kemudian, masukkan jawapan yang berkaitan dengan soalan Pendidikan Islam seperti Rukun Islam, nama Nabi, surah-surah pendek. Akhir sekali, peserta merumuskan apa yang dipelajari dan mendorong mereka untuk lebih memahami mata pelajaran tersebut.
TARIKH : 07,15 & 21 JANUARI 2025
Program / Aktiviti / Kelas | : PROGRAM NADI MAHIR MASAK |
Masa | : 9.30 PAGI – 10.30 PAGI |
Lokasi | : NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN |
Peserta | : 1 ORANG PESERTA |
Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk memberi peluang kepada komuniti setempat mengenai kemahiran yang disediakan dalam program NADI X Pembelajaran Sepanjang Hayat
Aktiviti: Pada permulaan kelas, pengajar akan memperkenalkan resipi dan teknik memasak untuk setiap sesi. Kemudian, pengajar menunjukkan langkah demi langkah cara menyediakan hidangan. Seterusnya, pengajar akan menjelaskan tentang bahan-bahan, alat memasak, dan teknik penting. Peserta menyediakan hidangan berdasarkan resipi yang diajar. Setiap sesi berlangsung secara Google Meet selama 1-2 jam. Akhir sekali, peserta mempersembahkan hidangan yang telah disiapkan.
TARIKH : 09 JANUARI 2025
Program / Aktiviti / Kelas | : STEM – ENGENEERING.COM |
Masa | : 2.00 PETANG – 4.00 PETANG |
Lokasi | : NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN |
Peserta | : ORANG PESERTA |
Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk untuk memberi pemahaman asas tentang konsep kejuruteraan, reka bentuk, dan penyelesaian masalah.
Aktiviti: Pada permulaan kelas, sesi dimulakan dengan memperkenalkan tema kuiz. Kemudian, pantau peserta sambil mereka menjawab soalan. Pengajar akan guna pemasa pada platform kuiz untuk mengekalkan kawalan masa. Akhir sekali, dengan adanya pemasa tersebut, kita dapat mengetahui siapa yang menjawab dengan paling cepat serta memberikan jawapan yang paling banyak betul.
TARIKH : 10 JANUARI 2025
Program / Aktiviti / Kelas | : SOFT SKILLS – IMAGINASI SAYA |
Masa | : 2.00 PETANG – 4.00 PETANG |
Lokasi | : NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN |
Peserta | : 4 ORANG PESERTA |
Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk melatih peserta menjadi kreatif dan membantu peserta menghasilkan idea baharu dan unik
Aktiviti: Pada permulaan kelas, dimulakan dengan bacaan doa. Petugas meminta peserta imaginasi perkara yang mereka boleh jumpa sekiranya mereka berada di Fairy Land. Peserta diminta untuk menceritakan apa yang mereka imaginasikan serta menceritakan secara spesifik ciri-ciri karakter yang ada dalam imaginasi mereka. Seterusnya, petugas memberikan sekeping kertas yang mempunyai arahan ‘Ini bukan segitiga, ini adalah…’ dan meminta peserta untuk melukis apa yang mereka boleh cipta dari bentuk-bentuk yang diberikan. Di akhir aktiviti, pelbagai objek yang tercipta dari imaginasi peserta.
TARIKH : 11 JANUARI 2025
Program / Aktiviti / Kelas | : E LEARNING – MATH PLAYGROUND |
Masa | : 2.00 PETANG – 4.00 PETANG |
Lokasi | : NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN |
Peserta | : ORANG PESERTA |
Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang medium interaktif yang boleh digunakan untuk mengulangkaji pelajaran
Aktiviti: Pada permulaan kelas, dimulakan dengan bacaan doa. Petugas menguji tahap penguasaan subjek peserta dengan bertanyakan soalan asas Matematik. Seterusnya, petugas menerangkan kepada peserta tentang aplikasi atas talian Math Playground yang boleh digunakan untuk mengulangkaji pelajaran. Petugas meminta peserta untuk memulakan permainan di komputer masing-masing dan mencatat markah yang diperoleh. Permainan dijalankan sebanyak beberapa pusingan, peserta yang mendapat markah tertinggi diberikan hadiah sebagai galakan.
TARIKH : 16 JANUARI 2025
Program / Aktiviti / Kelas | : ICT – CREAT OBJECT WITH SHAPES! |
Masa | : 2.00 PETANG – 4.00 PETANG |
Lokasi | : NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN |
Peserta | : 4 ORANG PESERTA |
Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk mendedahkan peserta kepada konsep asas Fizikyang digunakan dalam sistem roket
Aktiviti: Pada permulaan kelas, dimulakan dengan bacaan doa. Petugas menerangkan kepada peserta berkenaan aktiviti yang akan dijalankan pada kelas kali ini iaitu mencipta objek daripada Shape dalam perisian Microsoft Word. Petugas memaparkan beberapa contoh yang ada untuk memberi gambaran kepada peserta. Seterusnya, petugas menerangkan objektif aktiviti iaitu untuk meningkatkan kreativiti masing-masing dan membiasakan peserta menggunakan bentuk-bentuk yang ada dalam Microsoft Word. Peserta seterusnya diberi masa untuk mencipta objek yang mereka inginkan. Semasa aktiviti, petugas turut membantu dan menerangkan kepada peserta cara yang betul untuk mengubah saiz, mengalih kedudukan bentuk, menukar warna serta lain-lain yang berkaitan. Di akhir aktiviti, peserta berjaya menyiapkan tugasan dalam masa yang diberikan dengan hasil yang sangat kreatif.
TARIKH : 17 JANUARI 2025
Program / Aktiviti / Kelas | : E-LEARNING – REMOVE BACKGROUND |
Masa | : 2.00 PETANG – 4.00 PETANG |
Lokasi | : NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN |
Peserta | : 6 ORANG PESERTA |
Tujuan: Tujuan kursus ini adalah memberikan peserta kemahiran asas untuk menghilangkan latar belakang gambar menggunakan aplikasi atau perisian.
Aktiviti: Pada permulaan kelas, peserta memperkenalkan Apa itu Remove Background. Kemudian, peserta diberikan gambar dan mencuba sendiri membuang latar belakang menggunakan alat yang diperkenalkan. Selepas itu, peserta akan menaip sedikit tentang mereka yang berkaitan dengan Nama, Umur dan Cita-cita mereka. Peserta akan memuat turun gambar cita-cita apa yang mereka ingin bila dah besar kelak. Akhir sekali, peserta akan membuang latar belakang gambar yang mereka memuat turun tadi kemudian dimasukkan ke dalam teks yang mereka taip.
TARIKH : 18 JANUARI 2025
Program / Aktiviti / Kelas | : ICT -MENAIP MEMBUAT JADUAL |
Masa | : 2.00 PETANG – 4.00 PETANG |
Lokasi | : NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN |
Peserta | :4 ORANG PESERTA |
Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk membimbing peserta memahami asas penggunaan perisian seperti Microsoft Word untuk menaip dan membuat jadual.
Aktiviti: Pada permulaan kelas, peserta belajar mengenal pasti kedudukan jari di papan kekunci. Kemudian, pengajar mendemonstrasikan cara membuat jadual asas menggunakan menekan “Insert Table” dalam Microsoft Word Seterusnya, peserta diberi tugasan membuat jadual dengan data yang telah disediakan oleh pengajar dan dalam masa yang telah ditetapkan. Akhir sekali, peserta akan belajar lebih yakin menggunakan perisian dan menyelesaikan tugasan berkaitan ICT.
TARIKH : 19 JANUARI 2025
Program / Aktiviti / Kelas | : KEUSAHAWANAN – BAKUL BUNGA DIY |
Masa | : 2.00 PETANG – 4.00 PETANG |
Lokasi | : NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN |
Peserta | : 6 ORANG PESERTA |
Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan kepada peserta tentang produk yang boleh dijadikan sebagai jualan oleh usahawan menggunakan bahan yang mudah
Aktiviti: Pada permulaan kelas, dimulakan dengan bacaan doa. Petugas menerangkan tentang produk-produk DIY yang boleh dibuat menggunakan bahan mudah kepada peserta. Seterusnya petugas mengagihkan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Bakul Bunga DIY (Cawan Kertas, Knitting Yarn, Gunting). Dengan bimbingan petugas, peserta membuat Bakul Bunga DIY menggunakan bahan yang telah diberikan. Langkah-langkah membentuk bakul diajar dengan teliti oleh petugas kepada peserta. Peserta berjaya menyiapkan Bakul Bunga DIY dalam masa yang ditetapkan.