mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI BULAN FEBUARI 2025

LAPORAN AKTIVITI FEBRUARI 2025

TARIKH : 03 FEBRUARI 2025

Program / Aktiviti / Kelas: E-LEARNING – POSTER KECEMASAN BANJIR (POSTERMYWALL)
Masa: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 2 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk menambah ilmu pengetahuan berkenaan Aplikasi Postermywall serta memberikan kemahiran praktikal dalam penggunaan aplikasi tersebut untuk menghasilkan reka bentuk grafik yang menarik.

Aktiviti: Pada permulaan kelas, dimulakan dengan bacaan doa. Petugas menerangkan kepada peserta berkenaan cara menggunakan Postermywall dan menunjukkan contoh poster yang disediakan untuk rujukan mereka. Seterusnya, petugas memberi tunjuk ajar dan membimbing peserta dalam menghasilkan poster yang ditunjukkan namun mengikut kreativiti masing-masing. Akhir sekali, peserta berjaya menghasilkan poster yang telah diberikan dengan baik.

TARIKH : 04 FEBRUARI 2025

Program / Aktiviti / Kelas: PROGRAM NADI MAHIR MASAK ( Pembuatan Burger)
Masa: 9:30 PAGI– 10:30 PAGI
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 1 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk memberi peluang kepada komuniti setempat mengenai kemahiran yang disediakan dalam program NADI X Pembelajaran Sepanjang Hayat

Aktiviti: Pada permulaan kelas, pengajar mengajar terlebih dahulu teori tentang cara membuat burger homemade. Kemudian, peserta akan menyalinkan resepi dan cara-cara pembuatannya. Akhir sekali, peserta akan praktikkan di rumah

TARIKH : 05 FEBRUARI 2025

Program / Aktiviti / Kelas: ICT – MEMBUAT JADUAL HARIAN
Masa: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 2 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk membantu peserta mengurus masa dan membina disiplin serta dapat membantu peserta menciptakan jadual yang menarik

Aktiviti: Pada permulaan kelas, pengajar memberi penerangan mengenai kepentingan pengurusan masa dalam kehidupan seharian. Kemudian, peserta diminta untuk menyenaraikan aktiviti yang mereka lakukan dalam sehari. Seterusnya, peserta diajar cara menyusun jadual harian dengan memasukkan masa belajar, waktu rehat, masa bermain, dan waktu bersama keluarga. Akhir sekali, peserta akan membentangkan jadual harian mereka.

TARIKH : 06 FEBRUARI 2025

Program / Aktiviti / Kelas: STEM – MEMBUAT BANGUNAN 3D BENTUK MATEMATIK
Masa: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 4 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untukmembantu murid memahami konsep bentuk geometri dalam matematik melalui aktiviti pembinaan model 3D.

Aktiviti: Pada permulaan kelas, pengajar memberi penerangan mengenai pelbagai jenis bentuk geometri seperti kubus, piramid, prisma dan silinder. Kemudian, peserta mengikut bentuk yang diberi tahu. Seterusnya, peserta membalutkan bentuk-bentuk yang mereka perlu buat tadi agar tampak lebih kemas dan cantik. Akhir sekali, peserta mencantumkan kesemua bentuk yang mereka buat agar menjadi satu bentuk bangunan seperti istana.

TARIKH : 08 FEBRUARI 2025

Program / Aktiviti / Kelas: E-LEARNING – KAHOOT (JOM KENALI PIRAMID MAKANAN)
Masa: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 4 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk membuat peserta lebih mengenali tentang piramid makanan yang betul

Aktiviti: Pada permulaan kelas, peserta membuka laman web Kahoot dan membuat pencarian dengan menekan “Jom kenali pyramid makanan”. Kemudian, eserta akan menjawab kuiz dengan memadankan penyataan yang betul dengan gambar yang sesuai. Akhir sekali, peserta akan mengetahui seberapa banyak yang betul mereka padankan itu.

TARIKH : 10 FEBRUARI 2025

Program / Aktiviti / Kelas: ICT – MEMBUAT SURAT JEMPUTAN
Masa: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 4 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk membantu peserta memahami asas penulisan dan penyusunan surat rasmi menggunakan perisian pemprosesan perkataan.

Aktiviti: Pada permulaan kelas, peserta menerangkan kepentingan surat jemputan dalam urusan rasmi. Seterusnya, perbincangan mengenai elemen penting dalam surat jemputan, seperti alamat, tarikh, salam pembuka, isi surat, dan penutup. Akhir sekali, peserta diminta untuk berkongsi hasil kerja mereka dengan rakan-rakan.

TARIKH : 12 FEBRUARI 2025

Program / Aktiviti / Kelas: KEUSAHAWANAN: CARTA PAI HASIL JUALAN
Masa: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 1 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan kepada peserta tentang cara menghasilkan laporan ringkas hasil perniagaan dalam bentuk grafik dan cara menyimpan data dalam Microsoft Excel.

Aktiviti: Pada permulaan kelas, dimulakan dengan bacaan doa. Petugas menerangkan tentang fungsi carta graf yang akan dibuat oleh peserta. Seterusnya petugas memulakan kelas dengan menunjukkan contoh graf yang perlu dihasilkan serta menerangkan kepada mereka secara teliti. Dengan bimbingan petugas, peserta memulakan aktiviti dengan mengisi data ke dalam jadual dan menukarkan data yang dikumpul kepada carta graf pai yang telah ditetapkan oleh petugas. Setiap peserta dipastikan mengikut arahan yang diberikan oleh petugas. Peserta berjaya menyiapkan tugasan dengan masa yang telah diberi

TARIKH : 14 FEBRUARI 2025

Program / Aktiviti / Kelas: ICT: CARTA ORGANISASI KELAS
Masa: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 10 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk mendedahkan peserta kepada aplikasi Microsoft Powerpoint iaitu melalui pembinaan carta menggunakan SmartArt.

Aktiviti: Pada permulaan kelas, dimulakan dengan bacaan doa. Petugas menerangkan kepada peserta berkenaan aktiviti yang akan dijalankan berkenaan cara penggunaan SmartArt. Petugas memaparkan beberapa contoh yang ada untuk memberi gambaran kepada peserta. Seterusnya, petugas menerangkan objektif aktiviti iaitu bagi meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan item yang ada dalam Microsoft Powerpoint. Peserta seterusnya diberi masa untuk menghasilkan carta sendiri dengan bimbingan dari petugas. Di akhir aktiviti, peserta berjaya menyiapkan tugasan dalam masa yang diberikan dengan hasil yang sangat kreatif.