Membina Carta Organisasi (SmartArt)

Laporan Aktiviti | 26 December 2017

25399084 1157457284385085 5550181767348177690 n

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Microsoft  Office kepada para peserta terutamanya Microsoft Word. Peserta akan diterangkan fungsi Microsoft Word. Peserta dipandu cara untuk menggunakan Microsoft Word seperti menukar fon, mengedit teks, menyimpan gambar dalam dokumen, menyimpan fail, menghasilkan carta organisasi yang menarik. 

 

Laporan Disember – Membina Carta Organisasi (SmartArt)

 Tarikh   : 19 Disember 2017

Masa     : 2.00 Petang – 4.00 Petang

Lokasi   : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan

Peserta : 5 Orang

 

Tujuan

Meningkatkan tahap penguasaan & mendedahkan pelajar tahap ICT yang telah mereka pelajari. Meningkatkan kefahaman dalam Microsoft Office Word. Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta. Memberi galakan kepada peserta dan memupuk minat belajar dalam diri peserta. Peserta menghasilkan dokumen Word yang menarik serta memasukkan Imej/Gambar di dalamnya.

 

Aktiviti

Petugas meminta para peserta membuka Microsoft Word. Petugas mengarahkan peserta membina rajah pelbagai bentuk menerusi arahan Insert-> (diagram). Rajah carta organisasi akan dipaparkan. Peserta boleh menambah kotak-kotak organisasi menggunakan Insert Shape dan menukar warna kotak tersebut. Peserta boleh menukar tulisan menggunakan Word Art bagi tajuk utama carta organisasi tersebut supaya nampak lebih menarik. Para peserta diajar membuat carta organisasi yang berkaitan dan menaip. Melalui penerangan petugas ia memudahkan para peserta membuat carta organisasi tersebut. Peserta memasukkan gambar ke dalam carta organisasi tersebut dan menaip di ruangan kotak yang tersedia.