mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI BULAN MAC 2025

LAPORAN AKTIVITI MAC 2025

TARIKH : 04 MAC 2025

Program / Aktiviti / Kelas: E-LEARNING : MENGEDIT VIDEO MENGGUNAKAN CAPCUT
Masa: 10:00 PAGI – 12:00 PAGI
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 1 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan kreativiti dan memudahkan penyuntingan dengan CapCut yang mesra pengguna untuk menghasilkan video yang lebih menarik dan kreatif.

Aktiviti: Pada permulaan kelas, pengajar menerangkan Asas Aplikasi CapCut. Kemudian, pengajar menerangkan fungsi asas seperti mengimport video dan gambar serta memotong (trim) dan menyusun klip. Peserta mempraktikkan memotong dan membahagikan video, menambah teks dan pelekat (sticker), serta menyisipkan muzik atau suara latar (voice-over). Seterusnya, membimbing peserta menambah peralihan (transition) antara klip, kesan visual (filter dan e fek), serta animasi teks atau objek.Akhir sekali, peserta akan menyimpan video yang telah diedit dgn menekan Export.

TARIKH : 05 MAC 2025

Program / Aktiviti / Kelas: E-LEARNING – KAHOOT (LATIHAN MATEMATIK)
Masa: 2:00 PETANG – 4.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 2 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk memberi latihan selingan kepada peserta bagi memberi ulang kaji pelajaran kepada mereka serta memberi mereka latihan pelajaran yang lebih menarik.

Aktiviti: Pada permulaan kelas, dimulakan dengan bacaan doa. Petugas menerangkan kepada peserta berkenaan maklumat asas latihan yang akan diberikan. Seterusnya, peserta diberikan maklumat untuk menyertai latihan tersebut di dalam komputer masing-masing dan menunggu semua peserta dalam keadaan bersedia untuk menjawab soalan. Latihan dimulakan dengan soalan yang telah disediakan, dan akhirnya peserta berjaya menjawab kesemua soalan dan mendapat markah masing-masing.

TARIKH : 08 MAC 2025

Program / Aktiviti / Kelas: E-LEARNING : TINY TECHIES
Masa: 2:00 PETANG – 4.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 2 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah memberi pendedahan awal tentang teknologi melalui aktiviti yang menyeronokkan dan mudah difahami.

Aktiviti: Meningkatkan keyakinan kanak-kanak dalam menggunakan teknologi untuk pembelajaran harian serta menyemai minat dan rasa ingin tahu terhadap teknologi melalui pendekatan yang menyeronokkan dan mesra kanak-kanak.

TARIKH : 07 MAC 2025

Program / Aktiviti / Kelas: STEM : MEMBUAT “SQUISHY” BAHAN JUALAN
Masa: 2:00 PETANG – 4.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 5 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah bagi melatih peserta menjadi seorang yang kreatif dan meningkatkan kemahiran  problem solving.

Aktiviti: Pada permulaan kelas, pengajar memberi penerangan berkenaan bahan dan bentuk yang sesuai untuk digunakan dalam menghasilkan squishy yang menarik. Kemudian, peserta membuat pencarian dalam internet dan mencetak produk pilihan mereka dan mewarnanya. Seterusnya, peserta membalutkan bentuk-bentuk yang telah dipilih dan mengisi ruangan bentuk produk mereka dengan kapas yang telah disediakan, Akhir sekali, peserta menyiapkan produk mereka berjaya dengan rekaan bentuk yang menarik dan kemas.

TARIKH : 15 MAC 2025

Program / Aktiviti / Kelas: PERTANDINGAN MOBILE LEGEND BANG BANG(MLBB) PERINGKAT SARINGAN
Masa: 2:00 PETANG – 4.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 22 ORANG PESERTA

Tujuan: Sebanyak empat kumpulan telah menyertai pertandingan saringan MLBB ini, dan salah satu daripadanya akan terpilih untuk mewakili NADI Kampung Niup, Pekan Samarahan.

Aktiviti: Majlis dimulakan dengan bacaan doa bagi memberkati perjalanan aktiviti. Seterusnya, peserta akan mencabut undi untuk menentukan giliran masing-masing. Akhir sekali, pertandingan akan dijalankan secara sistem kalah mati, di mana peserta yang menang akan mewakili NADI Kampung Niup ke peringkat seterusnya di Pekan Samarahan.

TARIKH : 16 MAC 2025

Program / Aktiviti / Kelas: ICT – POSTER SAMBUTAN RAMADAN
Masa: 2:00 PETANG – 4.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 2 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk menambah ilmu pengetahuan digital peserta dengan lebih meluas di samping meningkatkan kreativiti peserta.

Aktiviti: Pada permulaan kelas, peserta diberikan penerangan berkenaan tema poster yang ingin dihasilkan beserta maklumat yang lain diperlukan. Kemudian, peserta diminta untuk membuka komputer masing-masing dan terus membuat pencarian template dan gambar yang sesuai untuk diisi dalam poster. Seterusnya, peserta diajar cara menyusun dan mereka poster dengan menggunakan gambar, font, olahan warna yang menarik. Akhir sekali, peserta berjaya menyiapkan poster mereka mengikut kreativiti mereka.

TARIKH : 18 MAC 2025

Program / Aktiviti / Kelas: E-LEARNING – BLIND BOX
Masa: 2:00 PETANG – 4.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 2 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk membolehkan peserta mengenali bahagian asas kotak (contoh: sisi, tapak, penutup) dan bagaimana bahagian tersebut disambungkan menjadi satu objek 3D.

Aktiviti: Pada permulaan kelas, peserta akan membina kotak tiga dimensi daripada kertas bercetak yang terdapat dalam google. Kemudian, Peserta akan memotong bentuk kotak mengikut garisan, melipat, dan mencantum bahagian kotak menggunakan gam atau pelekat. Setelah kotak siap, mereka dihias mengikut kreativiti masing-masing. Aktiviti diakhiri dengan sesi pembentangan hasil kerja dan refleksi terhadap kemahiran yang telah dipelajari.

TARIKH : 20 MAC 2025

Program / Aktiviti / Kelas: KEUSAHAWANAN -HARGA MENU
Masa: 2:00 PETANG – 4.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 2 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah melatih peserta untuk menjadi komuniti yang celik IT dalam menggunakan ilmu digital dengan sebaiknya.

Aktiviti: Pada permulaan kelas, Petugas memberi penerangan berkenaan contoh poster yang ingin dibuat dan cara membuat poster secara ringkas. Peserta mula membuat tugasan yang diberikan dengan menggunakan aplikasi Postermywall dan mencari gambar yang bersesuai sekali gus menetapkan font, warna dan hiasan yang digemari oleh mereka. Kemudian, peserta mengisi maklumat harga makanan mereka di dalam poster. Akhir sekali, poster telah disiapkan dengan mengikut ciri-ciri poster yang telah diajar.

TARIKH : 9,16&23 MAC 2025

Program / Aktiviti / Kelas: MAHIR FOTO
Masa: 2:00 PETANG – 3:30 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 1 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah memberi pendedahan dan kemahiran asas dalam bidang fotografi

Aktiviti: Pada permulaan kelas, peserta perlu log in ke system www.mahir.nadi.my Kemudian, peserta akan memasukkan username dan password mereka ke dalam system tersebut. Akhir sekali, setiap mingguan akan belajar berlainan tajuk.