Latihan Keusahawanan, KDB & Movie Day

Latihan menggunakan internet secara bijak sebagai sumber untuk memberi pendidikan kepada peserta untuk memulakan perniagaan dengan berkesan dan sentiasa berwaspada ketikat melayari internet.
Laporan Febuari – Latihan keusahawanan
(Asas memulakan perniagaan) KDB, & Movie day
|
Tarikh : 9 Febuari 2018 Masa : 2.00 Petang – 5.00 Petang Lokasi : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Mendidik pelajar asas menjadi usahawan dan asas menjana idea perniagaan. Melatih pelajar agar peka dengan perkembangan perniagaan dari masa ke semasa yang semakin mencabar. Mendidik pelajar agar sentiasa berwaspada ketika melayari dan bersosial di internet. Memberi semangat kepada pelajar untuk mengikuti kelas dengan mengadakan movie day. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan melayari internet Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta.
Aktiviti
Peserta diajar asas menjadi usahawan dan asas utama untuk memulakan perniagaan.Peserta juga diberi penerangan agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika melayari internet.Disamping itu, dengan memberi semangat kepada peserta untuk mengikuti kelas peserta disediakan movie day selepas kelas diadakan.