PROGRAM KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS)
Kempen Internet Selamat (KIS) @ SK Niup π»π
Pada 30 Julai 2025, NADI Kluster Samarahan telah mengambil satu inisiatif bermanfaat dengan menganjurkan Kempen Internet Selamat yang melibatkan murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) di SK Niup, Samarahan.
Melalui pelbagai aktiviti interaktif dan sesi perkongsian menarik, murid-murid diberikan pendedahan tentang cara menggunakan internet secara berhemah, selamat dan bertanggungjawab. Isu seperti bahaya siber, etika dalam talian, dan penjagaan privasi turut dibincangkan dengan pendekatan mesra dan mudah difahami.
π Reaksi murid? Seronok, aktif, dan penuh kesedaran digital!
π― Matlamat utama? Menanam dalam diri mereka prinsip penting β βTak pasti, jangan kongsi!β
Setinggi penghargaan diucapkan kepada guru-guru, fasilitator dan seluruh warga sekolah yang telah memberi sokongan padu menjayakan program ini. Semoga pendedahan ini menjadi asas kepada generasi celik digital yang lebih bijak dan beretika.
Turut bersama menyumbang kejayaan program ini:
πΉ NADI Kampung Sungai Mata
πΉ NADI Kampung Melayu Samarahan
πΉ Pusat Sebaran Maklumat Nasional β NADI Pekan Samarahan
πΉ NADI Kampung Pinang
#KempenInternetSelamat
#SKNiup
#NADIKlusterSamarahan
#BijakDiAlamDigital
#TakPastiJanganKongsi
#PelajarCelikDigital
#ProgramBermanfaat2025














