LATIHAN MENAIP, MEMBINA CARTA (MICROSOFT WORD)

Laporan Aktiviti | 23 March 2018

10

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Microsoft  Office kepada para peserta terutamanya Microsoft Word. Peserta akan diterangkan fungsi Microsoft Word. Peserta dipandu cara untuk menggunakan Microsoft Word seperti menukar fon, mengedit teks, menyimpan fail, menghasilkan carta yang menarik. 

 

Laporan Mac – Latihan Menaip, Membina Carta (Microsoft Word)

Tarikh    : 13 Mac 2018

Masa     : 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi   : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan

Peserta : 8 Orang

 

Tujuan

Meningkatkan tahap penguasaan & mendedahkan pelajar tahap ICT yang telah mereka pelajari. Meningkatkan kefahaman dalam Microsoft Office Word. Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta. Memberi galakan kepada peserta dan memupuk minat belajar dalam diri peserta. Peserta menghasilkan dokumen Word yang menarik menggunakan chart.

 

Aktiviti

Petugas meminta para peserta membuka Microsoft Word. Petugas mengarahkan peserta membina carta mengikut nota yang telah disediakan oleh petugas. Petugas menerangkan kepada peserta cara membuat carta. Peserta diajar memasukkan chart dan maklumat ke dalam ruang yang disediakan. Peserta membuat chart colum dan pie chart.