PROGRAM KHAS SAMBUTAN MERDEKA & HARI MALAYSIA @ NADI

Aktiviti Semasa | 7 September 2025

✨PROGRAM KHAS SAMBUTAN MERDEKA & HARI MALAYSIA @ NADI ✨

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, majlis penuh warna-warni dan semangat patriotik telah berlangsung dengan begitu meriah di NADI Kampung Niup Pekan Samarahan pada 7 September 2025.

Bersama-sama kita raikan kemerdekaan & kebersamaan, merapatkan ukhuwah dan menyalakan api cinta terhadap tanah air tercinta. 🌺❤️🇲🇾

Antara pengisian yang memeriahkan suasana:
🌟 Pendaftaran Ahli Baru
🎬 Wayang Pacak
🎤 Sesi Siaran Langsung bersama YB Menteri Fahmi Fadzil
🎨 Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
🍲 Pertandingan MAHIR Masak Tema Kemerdekaan (Menu Bebas)
🎮 E-Sukan – Mobile Legend
🩺 Aktiviti Saringan Kesihatan

💐 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang hadir, para peserta, dan mereka yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Semoga ikatan silaturrahim antara kita terus subur, dan semangat kemerdekaan ini sentiasa mekar di hati kita semua.

🇲🇾 Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾

#ProgramKhasMerdekaHariMalaysia
#NADIKampungNiup #Samarahan #MalaysiaPrihatin
#merdekamcmc #MerdekaDiNADI