KDB (Mobile E-Waste) & Membina Slaid Power Point

Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian Microsoft Power Point di dalam komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Power Point. Peserta akan diterangkan fungsi Microsoft Power Point. Peserta dipandu cara untuk menggunakan Microsoft Power Point seperti mengendalikan persembahan 9design template), mengendalikan persembahan (blank presentation), penggunaan hyperlink, penggunaan multimedia, slide number, header dan footer dan hide slide and set up show. Memberi pengetahuan kepada para pelajar mengenai kegunaan / fungsi dan cara menggunakan Microsoft Power Point dan bijak mengitar semula barang terpakai.
Laporan Mei – KDB (Mobile E-Waste) & Membina Slaid Power Point
|
Tarikh : 4 Mei 2018 Masa : 2.00 Petang – 5.00 Petang Lokasi : PI1M Pekan Samarahan Peserta : 9 Orang |
Tujuan
Meningkatkan keahlian PI1M. Peserta mengetahui kewujudan PI1M dan pelbagai aktiviti yang diadakan di PI1M Meningkatkan kemahiran mengunakan komputer dan menambah pengetahuan berkenaan kitar semula barang terpakai. Mendedahkan pentingnya mengetahui cara menggunakan Microsoft Power Point. Menambah pengetahuan dalam melayari internet. Belajar mempraktikkan diri untuk kitar semula peralatan telekomunikasi dengan cara selamat.
Aktiviti
Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Microsoft Office kepada para peserta terutamanya Microsoft Power Point. Para peserta diperkenalkan cara untuk menggunakan Microsoft Office bermula daripada mula-mula lagi. Selepas habis setiap kelas, para peserta akan diberikan latihan untuk melihat sejauh mana mereka dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari di dalam kelas. Peserta juga diberi ceramah mengenai klik dengan bijak bagaimana mengitar semula peralatan telekomunikasi berasaskan sim-kad yang telah rosak/tidak dapat diguna lagi/ingin dibuang dengan cara yang selamat.