Dashboard (My Komuniti), Membina Slaid (Power Point), dan Multimedia (Gambar)

Laporan Aktiviti | 3 July 2018

Tarikh    : 3 Julai 2018

Masa     : 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : 4 Orang

 

Tujuan 

Meningkatkan keahlian Pusat Internet Pekan Samarahan. Peserta mengetahui kewujudan Pusat Internet dan pelbagai aktiviti yang diadakan di Pusat Internet. Meningkatkan kemahiran mengunakan komputer dan menambah pengetahuan berkenaan Dashboard Komuniti. Mendedahkan pentingnya mengetahui cara menggunakan Microsoft Power Point. Menambah pengetahuan dalam melayari internet. Belajar menggunakan clipart, memasukkan imej dalam slaid.

 

Aktiviti

Sebelum memulakan kelas membina slaid persembahan. para peserta diterangkan Dashboard Komuniti tentang fungsi dan cara penggunaannya. Ia bagi menambah minat dan pengetahuan peserta dalam Dashboard Komuniti. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Microsoft  Office kepada para peserta terutamanya Microsoft Power Point. Para peserta diperkenalkan cara untuk menggunakan Microsoft Office bermula daripada mula-mula lagi. Selepas habis setiap kelas, para peserta akan diberikan latihan untuk melihat sejauh mana mereka dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari di dalam kelas.