Dashboard, Multimedia, KDB dan Kuiz Kemerdekaan (Online)

Laporan Aktiviti | 20 August 2018

Tarikh    : 14 Ogos 2018

Masa     : 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : 5 Orang

 

Tujuan 

Melatih  pelajar mencipta bendera dengan kemahiran komputer yang ada menggunakan aplikasi paint. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan melayari internet dan pengetahuan dalam sejarah negara. Mempromosikan aktiviti di PI yang bakal diadakan kepada peserta. Memperkenalkan sistem aplikasi  Dashboard Komuniti yang boleh di muat turun melalui google play store kepada peserta. Menerangkan menu yang terdapat pada Dashboard Komuniti. Mengadakan kuiz kemerdekaan dan video KDB bersama peserta.

 

Aktiviti

Peserta di perkenalkan dengan Dashboard Komuniti. Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menggunakan Dashboard Komuniti dan  cara login dashboard.  Kemudian mereka menyertai kuiz KDB berkenaan kemerdekaan secara individu. Sesi soal jawab di antara peserta dan Petugas juga turut diadakan. Video Dashboard Komuniti dan KDB turut ditayangkan. Para peserta diuji kemahiran melukis dan mewarna bendera menggunakan aplikasi paint.