mcmc
Maklumat Setempat

Latihan Media Baru “Youtube” dan E- Pembelajaran (Kuiz Online)

20181015 151443

 20181015 151443  

Penglibatan peserta dalam kelas yang diadakan berupaya meningkatkan pengetahuan dalam penggunaan internet khususnya media baru seperti youtube. Selain itu, ianya bermanfaat kerana telah mendedahkan kepada peserta aktiviti kuiz atas talian yang dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran berkaitan subjek yang telah dibelajar di sekolah.

 Laporan Oktober – Latihan Media Baru “Youtube” dan E-Pembelajaran (Kuiz Online)

Tarikh    : 15 Oktober 2018

Masa     : 2.00 Petang – 4.00 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : 6 Orang

 

Tujuan

Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI seterusnya mampu menambahkan keahlian PI sedia ada. Selain itu, kelas yang diadakan dapat memperkenalkan kepada peserta media baru iaitu Youtube. Penerangan daripada petugas turut mendedahkan kepada peserta akan kebaikan youtube yang bukan hanya dapat dimanfaatkan untuk menonton video, memuat naik mahupun untuk memuat turun video, malah dapat melatih teknik menghasilkan video sendiri serta berupaya menjana pendapatan jika dimanfaatkan dengan cara yang betul. Peserta semakin minat untuk belajar dengan adanya kuiz atas talian.

 

Aktiviti

Dalam kelas kali ini, peserta diperkenalkan dengan media sosial baru iaitu youtube. Peserta diajar cara membuka akaun youtube dan penggunaannya seperti cara memuat naik dan memuat turun video. Peserta diterangkan oleh petugas tentang manfaat youtube sekiranya digunakan secara bijaksana misalnya pengguna youtube akan memperoleh ilmu apabila menonton video berunsur sains, pengetahuan am, sejarah, agama dan lain-lain lagi. Pada masa yang sama, pengguna youtube dapat mempromosikan produk sekiranya ingin menjana pendapatan dengan berniaga secara atas talian. Peserta turut diingatkan agar tidak menyalahgunakan kemudahan youtube dengan menonton video berusur lucah. Aktiviti berikutnya adalah peserta diajak untuk untuk bermain kuiz atas talian iaitu kuiz berkaitan subjek bahasa Malaysia, matematik, sains dan dan sejarah.