KISAH KEJAYAAN 2025 : NADI X KEUSAHAWANAN
Puan Nursyatirah merupakan seorang usahawan buko yang sangat aktif melibatkan diri dalam pelbagai program anjuran NADI. Antara kelas yang pernah disertai termasuk Kelas Mahir Masak, Kelas Membuat Sticker dan banyak lagi program pembangunan usahawan.
Komitmen beliau dalam menambah ilmu dan meningkatkan kualiti produk nyata membuahkan hasil. Lebih membanggakan, perniagaan buko beliau telah ditemu bual oleh TVS, menunjukkan potensi dan pengaruh jenama yang semakin berkembang.
Puan Nursyatirah ialah contoh usahawan muda yang rajin, kreatif dan sentiasa bersedia untuk memajukan diri dalam dunia perniagaan.
#NADIMalaysia #Keusahawanan #UsahawanMuda #Buko #AnakSarawak #InspirasiUsahawan