KISAH KEJAYAAN 2025 : NADI x KESEJAHTERAAN KENDIRI

Galeri Video | 4 December 2025

Encik Radifan merupakan salah seorang ahli komuniti yang menggunakan kemudahan di NADI untuk memantau kesihatan secara berkala seperti tekanan darah, paras gula dan BMI. Beliau meluahkan rasa syukur kerana kewujudan program ini benar-benar memudahkan urusan — lebih cepat, mudah diakses dan tidak perlu menunggu lama seperti di klinik atau hospital.

Inisiatif ini turut memberi manfaat kepada anak muda dan penduduk setempat yang ingin membuat pemeriksaan asas kesihatan secara rutin tanpa kekangan masa.

NADI komited untuk terus menyediakan kemudahan yang membantu komuniti menjaga kesihatan dengan lebih baik.

#NADIMalaysia #KesejahteraanKendiri #KesihatanKomuniti #CekKesihatan #GayaHidupSihat #Samarahan