mcmc
Maklumat Setempat

KDB : maklumat palsu dan latihan membuat slide pembentangan menggunakan microsoft power point

56800815 645810109188633 5443657768194015232 n

Meningkatkan kemahiran murid dalam menggunakan perisian microsoft power point.

Laporan April – KDB : maklumat palsu dan latihan membuat slide pembentangan menggunakan microsoft power point

Tarikh    : 7 April 2019

Masa     : 2.00 Petang – 4.30 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : 10 Orang

Tujuan 

Kelas yang diadakan kali ini berupaya menambahkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam menggunakan microsoft power point.

Aktiviti

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB tentang maklumat palsu. Petugas mengingatkan peserta agar sentiasa berhati-hati sebelum mempercayai maklumat yang diperolehi di internet. Seterusnya, petugas meminta peserta membuka perisian microsoft power point. Petugas menyuruh peserta memilih tajuk dan meminta mereka menghasilkan slide. Petugas menerangkan sambil membuat praktikal komputer tentang cara menggunakan microsoft power point. Petugas turut membimbing peserta membina dan mencantikkan slide dengan cara yang sesuai. Di akhir kelas, kesemua peserta diminta membentangkan hasil kerja yang telah mereka buat.