mcmc
Maklumat Setempat

Microsoft power point : Latihan membuat peta minda dan e-Pembelajaran : Kuiz Bahasa melayu, sains dan matematik

57286246 1514070798723730 3924931626949148672 n

Melatih peserta agar pandai dan cekap menggunakan microsoft power point. Selain itu, kelas yang telah diadakan berupaya menarik minat pelajar untuk selalu mengunjungi PI. Petugas juga dapat mempromosikan aktiviti di PI yang bakal diadakan kepada peserta.

Laporan Mei – Microsoft power point : Latihan membuat peta minda dan e-Pembelajaran : Kuiz Bahasa melayu, sains dan matematik

Tarikh    : 3 Mei 2019

Masa     : 2.30 Petang – 4.30 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : 8 Orang

Tujuan

Kelas yang diadakan kali ini berupaya menambahkan pengetahuan peserta tentang microsoft power point. Dengan itu, petugas dapat melatih mereka agar mahir menggunakan komputer seterusnya berupaya melahirkan murid sekolah yang celik IT.

Aktiviti

Pada permulaan kelas, petugas memperkenalkan kepada peserta dengan perisian microsoft power point dan kegunaannya. Seterusnya, petugas meminta peserta menghasilkan nota subjek sejarah dalam bentuk peta minda. Peserta melalui bimbingan petugas telah diajar cara menghasilkan peta minda yang cantik dan kreatif. Mereka diajar cara memasukkan perkataan, gambar, memasukkan tajuk dan bentuk yang sesuai agar hasil kerja yang dibuat bertambah menarik. Di akhir kelas, peserta diajak membuat ulangkaji pelajaran bahasa Melayu,  sains dan matematik melalui permainan kuiz online