mcmc
Maklumat Setempat

Tayangan video KDB : Hendap Siber, Dashboard komuniti : My Soal, Microsoft Publisher : Latihan mencipta kad Hari Guru dan E-pembelajaran : Kuiz Bahasa melayu, sains dan matematik

59401688 1526024880861655 8137522966335324160 n

Meningkatkan pengetahuan pelajar tentang penggunaan internet dengan bijak. Selain itu, peserta kelas dapat menambahkan pengetahuan mereka tentang penggunaan microsoft publisher.

Laporan Mei – Tayangan video KDB : Hendap Siber, Dashboard komuniti : My Soal, Microsoft Publisher : Latihan mencipta kad Hari Guru  dan E-pembelajaran : Kuiz Bahasa melayu, sains dan matematik

Tarikh    : 4 Mei 2019

Masa     : 2.00 Petang – 4.30 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : 8 Orang

Tujuan

Kelas yang diadakan kali ini berupaya memberi kesedaran kepada peserta kesan negatif sekiranya berkongsi maklumat yang berlebihan di internet. Selain itu, penglibatan para peserta dalam kelas yang diadakan berupaya menambahkan pengetahuan peserta tentang penggunaan perisian microsoft publisher khususnya untuk mencipta kad hari guru yang kreatif. Seterusnya, minat peserta agar rajin mengulangkaji pelajaran menggunakan kemudahan internet di PI dapat disemai. Petugas juga dapat mempromosikan aktiviti PI yang akan diadakan pada masa akan datang.

Aktiviti

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB tentang “Hendap siber”. Peserta diingatkan agar tidak berlebih-lebihan dalam berkongsi maklumat di internet khususnya di laman sosial seperti facebook kerana sikap sedemikian akan mendatangkan kesan negatif kepada individu tersebut. Seterusnya, petugas mengajar peserta cara mengemukakan aduan mahupun pertanyaan kepada pihak tertentu (sekiranya ada  aduan atau pertanyaan yang ingin dikemukakan) menggunakan aplikasi dashboard komuniti (my Soal). Selepas itu, peserta diberi tunjuk ajar tentang cara menghasilkan kad hari guru yang cantik dan menarik menggunakan microsoft publisher. Untuk mendapatkan gambar yang menarik, peserta diajar cara mencari gambar yang sesuai di google. Petugas mengajar peserta cara memilih template, pada memasukkan bingkai dan gambar, cara memasukkan perkataan dan mengedit tulisan. Setelah semua peserta berjaya menyiapkan kad itu, mereka diajak mengulangkaji subjek bahasa Melayu, sains dan matematik di laman quizizz.