Melatih kemahiran peserta menggunakan microsoft office word terutama kemahiran menaip dan membuat jadual.
Laporan Mei – Tayangan video KDB : Tidak pasti jangan kongsi, Microsoft office word : Latihan menaip dan membuat jadual dan E-pembelajaran : Kuiz online matematik dan sains
Tarikh : 6 Mei 2019 Masa : 2.30 petang – 4.00 petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : 8 orang |
Tujuan
Kelas yang diadakan pada kali ini berupaya memberi kesedaran kepada para peserta agar menyelidik dahulu sebarang maklumat yang diterima di internet sebelum berkongsi maklumat itu kepada orang lain terutama di media sosial. Penglibatan peserta dalam kelas yang diadakan berupaya melahirkan murid yang celik IT. Mereka akan lebih mengenali komputer dan kegunaannya. Dalam masa yang sama, kemahiran mereka dalam menggunakan microsoft office word dapat ditingkatkan.
Aktiviti
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB tentang “Tidak pasti jangan kongsi”. Setelah itu, petugas meminta peserta membuka perisian microsoft office word. Petugas melatih kemahiran peserta menggunakan microsoft office word terutama kemahiran menaip dan membuat jadual. Pada akhir kelas, peserta diajak mengulangkaji pelajaran matematik dan sains di laman quizizz.