Tarikh : 3 Disember 2019 Masa : 2.00 Petang – 4.00 petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PI |
Tujuan
Memberi pengetahuan kepada peserta tentang kegunaan microsoft power point. Selain itu, kelas yang diadakan juga dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam membuat nota pelajaran yang kreatif dan menarik menggunakan perisian tersebut.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB tentang “Penipuan kewangan”. Penayangan video KDB itu berupaya meningkatkan kesedaran peserta agar menitikberatkan sikap berhati-hati dan tidak mudah mempercayai sebarang habuan berupa kewangan agar tidak menjadi mangsa penipuan. Selepas itu, petugas menerangkan tentang kegunaan microsoft power point. Petugas mengajar peserta cara memasukkan tajuk dan perkataan, bentuk yang sesuai (insert shape) untuk membuat peta minda, gambar yang menarik dan pemilihan warna pada perkataan agar nota yang dibuat menjadi jelas dan mudah dibaca. Petugas turut mengajar peserta cara menukar latar belakang pada microsoft power point. Peserta diminta membuat nota pelajaran berpandukan lembaran yang telah diedarkan kepada mereka.