ADVOKASI KDB (BULI SIBER) & LATIHAN KEUSAHAWANAN (MEMBUAT BUSINESS CARD)

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Microsoft Office kepada para peserta terutamanya Microsoft Publisher. Para peserta diperkenalkan cara untuk menggunakan Microsoft Office bermula daripada mula-mula lagi. Selepas habis setiap kelas, para peserta akan diberikan latihan untuk melihat sejauh mana mereka dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari di dalam kelas. Peserta juga diberi ceramah mengenai klik dengan bijak bagaimana untuk mengatasi sesuatu kegagalan sehingga menjadi orang Berjaya. Mengelak diri daripada terjebak dengan gejala buli siber dimana akan mendatangkan kesan yang buruk terhadap diri sendiri dan juga orang lain.
Laporan Mei – Advokasi KDB (Buli Siber) & Latihan Keusahawanan (Membuat Business Card)
|
Tarikh : 7 Mei 2018 Masa : 2.00 Petang – 5.00 Petang Lokasi : PI1M Pekan Samarahan Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Meningkatkan keahlian PI1M. Peserta mengetahui kewujudan PI1M dan pelbagai aktiviti yang diadakan di PI1M. Menambah pengetahuan dalam melayari internet. Membangunkan kemahiran pemprosesan kata dalam membuat ‘business card” untuk memaklumkan orang ramai mengenai tawaran istimewa promosi perniagaan. Dapat menarik minat pelanggan membeli produk atau menggunakan perkhidmatan melalui kad nama yang menarik, kemas dan cantik. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menggunakan Microsoft Office Publisher Memberi pendedahan penggunaan internet yang bijak dan mengelakkan gejala yang tidak berpatutan seperti buli siber.
Aktiviti
Kelas Microsoft Publisher. Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian Microsoft Publisher di dalam komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Publisher. Peserta akan diterangkan fungsi penggunaan Microsoft Publisher. Peserta di ajar cara mula create sesuatu kad mengikut kategori yang terdapat di dalam microsoft publisher seperti brosur, pemplate, kad, flyers dan sebagainya. Peserta mencipta kad nama sendiri dengan bantuan petugas. Peserta memilih design yang sesuai dengan perniagaan mereka dan memasukkan gambar produk ataupun service yang mereka buat ke dalam kad tersebut. Memberi pengetahuan kepada para pelajar mengenai keusahawanan. Kegunaan / fungsi dan cara menggunakan Microsoft Office Publisher dan mengelak diri daripada terjebak dengan gejala buli siber di internet.