mcmc
Maklumat Setempat

Dashboard, KDB (Oversharing), Microsoft Office & E-Pembelajaran

20180928 145233

20180928 145233

Matlamat kelas adalah  untuk memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti setiap aktiviti yang dianjurkan oleh PI dan cakna tentang peranan PI. Penayangan video daripada dashboard komuniti bertemakan “Oversharing” berupaya mendidik para peserta agar bijak menggunakan internet terutama apabila membuat perkongsian tentang diri di laman sosial. Seterusnya, kelas pembelajaran berkaitan Microsoft Office Word akan menjadikan peserta lebih mahir menggunakan perisian tersebut serta meningkatkan kepandaian menaip di kalangan mereka. 

Laporan Oktober – Dashboard (My Komuniti), KDB (Oversharing), Microsoft Office – (Menaip Surat Tidak Rasmi), & E-Pembelajaran

Tarikh    : 1 Oktober 2018

Masa     : 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : 8 Orang

Tujuan

Peserta akan didedahkan tentang peri pentingnya menggunakan internet secara bijak dan berhemah melalui penayangan video KDB. Hal ini demikian kerana kecuaian dalam menggunakan internet mampu mendatangkan kesan buruk kepada penggunanya. Penguasaan para peserta dalam menggunakan Microsoft Word dapat ditingkatkan melalui bimbingan serta latihan yang telah diberikan. Selain itu, minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI dapat dipupuk melalui penerangan daripada petugas berkenaan aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan oleh PI. Seterusnya, peserta juga akan menjadi semakin minat untuk belajar dengan adanya kuiz atas talian. 

Aktiviti

Dalam kelas kali ini, peserta diajak bersama-sama menonton video tentang oversharing iaitu video berkenaan kesan negatif sesetengah pengguna internet  yang suka berlebih-lebihan dalam memuat naik perihal diri di internet khususnya laman sosial. Para peserta mendengar penerangan daripada petugas yang mengingatkan peserta agar lebih berwaspada jika memasukkan maklumat diri ke internet.  Seterusnya, petugas menerangkan kepada peserta cara menggunakan Microsoft Office Word. Para peserta mengikuti arahan yang diberikan. Petugas menerangkan kepada peserta tentang cara menaip, membuat underline, menukar tulisan, membesar dan mengecil saiz tulisan mengikut format yang betul serta menyimpan fail yang dibuat. Para peserta memahami cara untuk membuat surat tidak rasmi. Seterusnya peserta melaksanakan latihan menaip yang diberikan untuk menguji tahap kefahaman dan kepantasan mereka dalam menaip. Aktiviti berikutnya adalah peserta diajak untuk untuk bermain kuiz atas talian iaitu kuiz berkaitan subjek sains, bahasa Malaysia dan matematik.