Dashboard Komuniti

Laporan Aktiviti | 30 January 2018

pic 5

Peserta di perkenalkan dengan Dashboard Komuniti. Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menggunakan Dashboard Komuniti dan  cara login dashboard. Sesi soal jawab di antara peserta dan Petugas juga turut diadakan. Video Dashboard Komuniti ditayangkan untuk peserta.

 

Laporan Januari – Dashboard Komuniti (Pengumuman di My Komuniti)

 Tarikh   : 15 Januari 2018

Masa     : 2.00 Petang – 4.00 Petang

Lokasi   : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan

Peserta : 5 Orang

 

Tujuan

Memperkenalkan sistem aplikasi Dashboard Komuniti yang boleh di muat turun melalui google play store kepada peserta. Menunjukkan cara login penggunaan Dashboard Komuniti dan menerangkan menu yang terdapat pada Dashboard Komuniti. Mengajar peserta membuat pengumuman dalam Mykomuniti. Mendedahkan kepada peserta cara untuk ‘view’ produk dalam Myshop. Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta.

 

Aktiviti

Petugas memberi arahan kepada peserta membuka laman web dashboard. Sebelum itu, mereka menonton video berkaitan dengan dashboard. Peserta login masuk ke dalam sistem dashboard menggunakan kad pengenalan masing-masing yang telah berdaftar di dalam cms pi1m. Petugas menerangkan fungsi-fungsi dashboard. Peserta diminta untuk membuat pengumuman di dalam MyKomuniti, melihat produk tempatan di dalam MyShop,dan memasukkan maklumat produk yang ingin mereka jual di dalam MyShop.