DASHBOARD KOMUNITI & MEWARNA ONLINE

Peserta diajar cara menggunakan laman dashboard komuniti agar mereka tahu aktiviti yang akan dijalankan di PI1M. Setelah mahir meggunakan laman dashboard komuniti pelajar diadakan aktiviti mewarna secara online. Melatih pelajar menggunakan laman dashboard komuniti dan menguji tahap kemahiran pelajar menggunakan komputer serta mewarna secara online.
Laporan Mei – Dashboard Komuniti (Pengumuman My Komuniti) & E-Pembelajaran (Mewarna Online)
|
Tarikh : 14 Mei 2018 Masa : 2.00 Petang – 4.00 Petang Lokasi : PI1M Pekan Samarahan Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Memupuk kemahiran penguasaan komputer. Melatih pelajar menggunakan dashboard komuniti. Menguji tahap penguasaan pelajar dalam mewarna secara online. Membentuk pelajar agar kreatif mewarna dengan kemahiran komputer yang ada. Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta.
Aktiviti
Petugas meminta peserta membuka laman web dashboard dan petugas menerangkan modul yang terdapat dalam Dashboard Komuniti. Salah satu modul ialah My Komuniti. Para peserta diajar bagaimana membuat pengumuman dalam My Komuniti. Kelas ini dapat melatih pelajar menggunakan laman dashboard komuniti dan menguji tahap kemahiran pelajar menggunakan komputer. Peserta mewarna secara online untuk menguji kemahiran mewarna dan meningkatkan kreativiti para peserta.