Dashboard & E-Pembelajaran (KUIZ)

- Melatih dan menguji minda peserta untuk menjawab soalan melalui kuiz yang diberikan. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di Pusat Internet. Memberi pendedahan terhadap kewujudan Pusat Internet Pekan Samarahan.Mempromosi aktiviti Pusat Internet dan menambah keahlian Pusat Internet Pekan Samarahan sedia ada.
Laporan Ogos – Dashboard (My Komuniti) , E-Pembelajaran (Kuiz Interaktif Islam) , E-Pembelajaran (Grammar Test Quiz)
|
Tarikh : 20 Ogos 2018 Masa : 2.00 Petang – 5.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : 10 Orang |
Tujuan
Memperkenalkan sistem aplikasi Dashboard Komuniti yang boleh di muat turun melalui google play store kepada peserta. Menunjukkan cara login penggunaan Dashboard Komuniti dan menerangkan menu yang terdapat pada Dashboard Komuniti. Mengajar peserta membuat pengumuman dalam Mykomuniti. Meningkatkan tahap penguasaan & mendedahkan pelajar tahap ICT yang telah mereka pelajari.Menguji pengetahuan peserta dalam KBKK secara online mengikut masa yang diperuntukkan. Mempromosikan aktiviti di Pusat Internet yang bakal diadakan kepada peserta.
Aktiviti
Peserta diminta menjawab soalan kuiz secara online bagi meningkatkan pengetahuan dalam Pendidikan Islam dan Grammar. Peserta diminta menjawab soalan mengikut masa yang diperuntukkan. Setelah selesai menjawab soalan, peserta akan mengetahui keputusan markah yang diperoleh samaada lulus ataupun gagal. Peserta dapat belajar melalui kesilapan dan dapat menjawab semua soalan dengan betul. Peserta juga turut membuat pengumuman dalam My Komuniti.