mcmc
Maklumat Setempat

GEMPAR-GEMPUR ICT 2018

48397892 352299265550174 776344389910790144 n

Matlamat aktiviti gempar-gempur ICT ini diadakan adalah untuk memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI serta memberi pendedahan akan kewujudan PI Pekan Samarahan. Selain itu, aktiviti ini turut berupaya mengasah kreativiti peserta melalui penglibatan dalam pertandingan berkaitan ICT. 

Laporan Disember – Gempar-gempur ICT 2018

Tarikh    : 22 Disember 2018

Masa     : 9.00 pagi -1.00 petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : 12 Orang

Tujuan

Matlamat aktiviti gempar-gempur ICT ini diadakan adalah untuk memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI serta memberi pendedahan akan kewujudan PI Pekan Samarahan. Selain itu, aktiviti ini turut berupaya mengasah kreativiti peserta melalui penglibatan dalam pertandingan berkaitan ICT. Pada masa yang sama, kesedaran kepada para peserta untuk memanfaatkan kemudahan internet dengan bijak dan berhemah dapat disemai.

Aktiviti

Pada permulaan aktiviti, peserta diajak menonton video advokasi KDB. Selepas itu, peserta dibahagikan kepada kumpulan dan diminta membincangkan mesej yang disampaikan oleh video itu.  Peserta diminta menghantar wakil daripada setiap kumpulan untuk membentangkan hasil perbincangan mereka. Seterusnya, diadakan pertandingan mereka slide. Slide yang tercantik akan dikira sebagai pemenang. Selepas pertandingan itu, diadakan pula pertandingan kuiz, puzzle dan word search secara online. Selesai acara itu, aktiviti seterusnya adalah pertandingan mereka baju Pak Pandir. Pada majlis penutupan, diadakan pula majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang dan pemberian cenderahati kepada peserta.