Melatih ahli PI agar celik IT serta mengasah kemahiran mereka menggunakan microsoft office word untuk mereka rajah.
Laporan Mei – KDB : Aduan dan Microsoft office word : Latihan mereka rajah padang bola sepak
Tarikh : 5 Mei 2019 Masa : 2.00 petang – 4.00 petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : 10 orang |
Tujuan
Kelas yang diadakan kali ini berupaya menambahkan pengetahuan peserta tentang kegunaan microsoft office word selain untuk menaip.
Aktiviti
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB tentang “Aduan”. Penayangan video itu berupaya menambahkan pengetahuan peserta tentang pihak yang perlu dihubungi sekiranya mereka menjadi mangsa penipuan mahupun telah dianiaya oleh individu yang tidak bertanggungjawab di internet. Seterusnya, peserta diminta membuka perisian microsoft office word. Petugas menerangkan sambil menunjukkan praktikal cara mereka rajah padang bola sepak menggunakan perisian itu. Setelah itu, peserta diminta menghasilkan rajah padang bola sepak berdasarkan rujukan yang telah diberi.