Mempromosikan aktiviti di PI yang bakal diadakan kepada peserta. Selain itu, kelas kali ini dapat meningkatkan pengetahuan pelajar tentang penggunaan internet dengan bijak. Tahap pengetahuan pelajar tentang perkakasan komputer juga dapat ditambah.
Laporan Febuari – KDB : Cyber Stalking dan tayangan video “Kenali perkakasan komputer serta penggunaan komputer dengan cara yang betul” serta kuiz tentang perkakasan komputer.
Tarikh : 11 Febuari 2019 Masa : 3.00 Petang – 4.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : 7 Orang |
Tujuan
Kehadiran para peserta dalam kelas kali ini berupaya meningkatkan pengetahuan mereka tentang penggunaan internet dengan bijak. Selain itu, tahap pengetahuan pelajar tentang perkakasan komputer dapat ditingkatkan. Dalam masa yang sama, minat pelajar untuk selalu mengunjungi PI dapat dipupuk serta petugas PI dapat mempromosikan aktiviti di PI yang bakal diadakan nanti.
Aktiviti
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB tentang cyber stalking atau hendap siber. Video itu memberi mesej tentang kesan negatif sesetengah pengguna internet yang suka berlebih-lebihan dalam memuat naik perihal diri di internet khususnya laman sosial. Perbuatan itu akan mengundang bahaya terhadap diri sendiri. Para peserta mendengar penerangan daripada petugas yang mengingatkan peserta agar lebih berwaspada dalam menggunakan internet. Selepas itu, peserta dipertontonkan dengan video “Kenali Perkakasan Komputer dan penggunaan komputer dengan cara yang betul”. Penayangan video tersebut dapat meningkatkan pengetahuan mereka tentang penggunaan kaedah komputer.