Mempromosikan aktiviti di PI yang bakal diadakan kepada peserta. Selain itu, kelas kali ini dapat meningkatkan pengetahuan pelajar tentang penggunaan internet dengan bijak. Tahap pengetahuan pelajar tentang perkakasan komputer juga dapat ditambah.
Laporan Januari – KDB : Berkongsi secara berlebih-lebihan, tayangan video “Kenali Perkakasan Komputer dan penggunaan komputer dengan cara yang betul” dan kuiz tentang perkakasan komputer
Tarikh : 8 Januari 2019 Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Kelas yang diadakan kali ini berupaya memberi kesedaran kepada peserta kesan negatif sekiranya terlalu berlebih-lebihan dalam berkongsi maklumat di internet. Peserta juga dapat menambahkan pengetahuan tentang komputer. Seterusnya, petugas telah menguji minda peserta untuk menjawab soalan melalui kuiz berkenaan video yang telah ditonton. Dengan itu, petugas dapat menilai kefahaman peserta tentang topik yang diajar. Dalam masa yang sama, aktiviti tersebut dapat memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI serta memberi pendedahan tentang kewujudan PI Pekan Samarahan.
Aktiviti
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB tentang oversharing atau berkongsi secara berlebih-lebihan. Video itu memberi mesej tentang kesan negatif sesetengah pengguna internet yang suka berlebih-lebihan dalam memuat naik perihal diri di internet khususnya laman sosial. Para peserta mendengar penerangan daripada petugas yang mengingatkan peserta agar lebih berwaspada jika memasukkan maklumat ke dalam internet. Selepas itu, peserta dipertontonkan dengan video “Kenali Perkakasan Komputer dan penggunaan komputer dengan cara yang betul”. Peserta kemudiannya diberi latihan untuk menguji kefahaman mereka.