mcmc
Maklumat Setempat

KDB : Buli siber dan kelas latihan menaip serta membuat jadual menggunakan microsoft office word

56332525 1505175532946590 743931890930548736 n

Melatih kemahiran peserta menggunakan microsoft office word terutama kemahiran menaip, membuat jadual serta memasukkan gambar.

Laporan April – KDB : Buli siber dan kelas latihan menaip serta membuat jadual menggunakan microsoft office word

Tarikh    : 6 April 2019

Masa     : 2.30 Petang – 4.00 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : 11 Orang

Tujuan

Kelas yang diadakan pada kali ini berupaya memberi kesedaran kepada para peserta tentang isu buli siber yang berlaku dalam kalangan pengguna internet. Peserta kelas diingatkan oleh petugas supaya berhati-hati menggunakan internet agar tidak menjadi mangsa buli siber. Penglibatan peserta dalam kelas yang diadakan berupaya melahirkan murid yang celik IT. Mereka akan lebih mengenali komputer dan kegunaannya.  Dalam masa yang sama, kemahiran mereka dalam menggunakan microsoft office word dapat ditingkatkan.

 

Aktiviti

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB tentang buli siber. Setelah menerangkan tentang perkara yang dimaksudkan dengan buli siber, petugas meminta peserta membuka perisian microsoft office word. Petugas melatih kemahiran peserta menggunakan microsoft office word terutama kemahiran menaip, membuat jadual serta memasukkan gambar.