mcmc
Maklumat Setempat

KDB (Buli Siber) & latihan menaip dan membina perkataan menggunakan microsoft word

48364320 215420569358947 6042567391135662080 n

Matlamat kelas pada minggu ini adalah untuk memberi kesedaran kepada para peserta tentang gejala buli siber yang sering berlaku dewasa ini. Selain itu, peserta akan dapat menambah pengetahuan asas komputer dan microsoft word serta dapat meningkatkan kemahiran menaip dan mengeja. 

Laporan Disember – KDB (Buli Siber) & latihan menaip dan membina perkataan menggunakan microsoft word.

Tarikh    : 15 Disember 2018

Masa     : 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : 5 Orang

Tujuan

Memberi kesedaran kepada para peserta tentang gejala buli siber yang sering berlaku dewasa ini. Selain itu, peserta akan dapat menambah pengetahuan asas komputer dan microsoft word serta dapat meningkatkan kemahiran menaip dan mengeja.  

Aktiviti

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB yang bertajuk “Buli Siber”. Petugas mengingatkan kepada para peserta supaya berhati-hati agar dapat menghindarkan diri daripada menjadi mangsa mahupun mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan yang boleh diklasifikasikan sebagai buli siber. Seterusnya, petugas mengajak peserta bermain permainan bina kata. Mereka telah diberi perkataan di skrin LCD dan diminta untuk membina perkataan lain daripada perkataan yang telah diberi. Mereka diminta untuk menaip perkataan yang diperoleh di microsoft word. Peserta yang dapat membina paling banyak perkataan dikira sebagai pemenang.