mcmc
Maklumat Setempat

KDB (Buli Siber), latihan menaip dan membuat jadual menggunakan microsoft word & kuiz online

47323896 2312867212270263 1092402902850338816 n

Tujuan kelas yang diadakan pada kali ini adalah untuk memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI. Dalam masa yang sama, ia mampu memberi kesedaran kepada peserta agar tidak menjadi pelaku mahupun mangsa buli siber melalui penayangan video KDB. Peserta juga akan berupaya meningkatkan kemahiran menggunakan microsoft word dalam menaip dan membuat jadual. Minat peserta agar tertarik untuk mengulangkaji pelajaran melalui aktiviti kuiz atas talian juga dapat disemai. 

Laporan Disember – KDB (Buli Siber), latihan menaip dan membuat jadual menggunakan microsoft word & kuiz online. 

Tarikh    : 4 Disember 2018

Masa     : 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : 7 Orang

Tujuan

Tujuan kelas yang diadakan pada kali ini adalah untuk memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI. Dalam masa yang sama, ia mampu memberi kesedaran kepada peserta agar tidak menjadi pelaku mahupun mangsa buli siber melalui penayangan video KDB. Peserta juga akan berupaya meningkatkan kemahiran menggunakan microsoft word dalam menaip dan membuat jadual. Minat peserta agar tertarik untuk mengulangkaji pelajaran melalui aktiviti kuiz atas talian juga dapat disemai. 

Aktiviti

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB yang bertajuk “Buli Siber”. Petugas memberi ulasan tentang video tersebut kepada para peserta agar mereka lebih memahami perilaku yang boleh diklasifikasikan sebagai buli siber. Petugas mengingatkan kepada para peserta agar berhati-hati agar tidak menjadi mangsa buli siber. Seterusnya, petugas meminta peserta melakukan latihan menaip dan membuat jadual menggunakan microsoft word. Peserta diajar cara membuat tajuk, membuat jadual dan menambah gambar untuk mencantikkan jadual.Selepas itu, para peserta di ajak membuat latih tubi pelajaran dengan bermain kuiz online berkaitan subjek Bahasa Melayu, Sejarah dan Sains.