Matlamat kelas pada minggu ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan pelajar tentang penggunaan internet dengan bijak. Pada masa yang sama, ianya dapat memberi kesedaran kepada peserta agar tidak mudah mempercayai individu yang baru dikenali di media sosial agar tidak menjadi mangsa penipuan. Peserta turut dilatih agar cekap menaip menggunakan microsoft word. Seterusnya, aktiviti yang diadakan berupaya menarik minat pelajar untuk selalu mengunjungi PI malahan petugas turut dapat mempromosikan aktiviti di PI yang bakal diadakan kepada peserta.
Laporan Januari – KDB : Cyber grooming, Latihan menaip menggunakan Microsoft word dan Kuiz online : Cari perkataan
Tarikh : 11 Januari 2019 Masa : 2.30 Petang – 5.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Matlamat kelas pada minggu ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan pelajar tentang penggunaan internet dengan bijak. Pada masa yang sama, ianya dapat memberi kesedaran kepada peserta agar tidak mudah mempercayai individu yang baru dikenali di media sosial agar tidak menjadi mangsa penipuan. Peserta turut dilatih agar cekap menaip menggunakan microsoft word. Seterusnya, aktiviti yang diadakan berupaya menarik minat pelajar untuk selalu mengunjungi PI malahan petugas turut dapat mempromosikan aktiviti di PI yang bakal diadakan kepada peserta.
Aktiviti
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB tentang Cyber Grooming. Video itu memberi kesedaran kepada peserta kesan negatif sekiranya terlalu mudah mempercayai kenalan yang baru dikenali di media sosial. Petugas mengingatkan peserta agar bijak dan berhati-hati sewaktu melayari media sosial. Seterusnya, petugas meminta peserta membuka microsoft word untukmembuat latihan menaip. Petugas mengajar para peserta cara memasukkan tajuk menggunakan “Word Art”, cara membuat bingkai, cara memasukkan gambar, cara menaip dengan cara meletakkan tanda baca yang betul dan membuat pemerengganan bagi menjadikan karangan yang ditaip lebih kemas dan tersusun. Di akhir kelas, peserta diajak bermain permainan online iaitu permainan cari perkataan. Aktiviti itu berupaya mengasah otak peserta agar menjadi kreatif dalam berfikir.