mcmc
Maklumat Setempat

KDB : Cyber Stalking, latihan membuat kalender menggunakan microsoft publisher dan kuiz online : Bahasa English, Bahasa Melayu dan Sains

48362848 359842154749585 1388897500454191104 n

Matlamat kelas kali ini adalah untuk memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI. Kesedaran kepada para peserta tentang gejala “Cyber Stalking” turut dapat disemai. Selain itu, peserta dapat menambah pengetahuan asas komputer dan microsoft publisher. Mereka juga dapat kemahiran menaip dan mengeja.

Laporan Januari – KDB : Cyber Stalking, latihan membuat kalender menggunakan microsoft publisher dan kuiz online : Bahasa English, Bahasa Melayu dan Sains

Tarikh    : 6 Januari 2019

Masa     : 9.30 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : 6 Orang

 

Tujuan

Kesedaran peserta tentang gejala “Cyber Stalking” dapat dipupuk. Dengan itu, mereka dapat menghindarkan diri daripada bersikap berlebih-lebihan dalam berkongsi tentang diri di media sosial. Selain itu, penguasaan para peserta dalam menggunakan microsoft publisher dapat ditingkatkan melalui bimbingan dan latihan yang telah diberikan. Dalam masa yang sama, minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI dapat dipupuk.

Aktiviti

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB yang bertajuk “Cyber Stalking”. Petugas mengingatkan kepada para peserta supaya tidak terlalu berlebih-lebihan dalam memuat status tentang diri di media sosial. Hal ini demikian kerana, tindakan sedemikian akan mendatangkan kesan negatif kepada diri sendiri. Seterusnya, petugas meminta peserta membuka perisian microsoft publisher. Petugas menerangkan kepada peserta cara untuk membuat kalender menggunakan perisian tersebut. Peserta diminta untuk membuat kalender persekolahan dan mengisi aktiviti kalender mereka dengan aktiviti yang sesuai dan bermanfaat. Di Akhir kelas, peserta diajak bermain kuiz online berkaitan subjek Bahasa Melayu, Bahasa English dan Sains.