mcmc
Maklumat Setempat

KDB (Jenayah Siber) dan Latihan Membuat Risalah Menggunakan Microsoft Power Point

46074336 2335231106705768 2236272871255048192 n

Melalui kelas pada kali ini, peserta dapat meningkatkan pengetahuan dalam penggunaan internet dengan bijak. Selain itu, mereka dapat menambah pengetahuan asas komputer dan Microsoft Power Point serta berupaya meningkatkan kemahiran menaip dengan pantas.

 

Laporan November – KDB (Jenayah Siber) dan Latihan Membuat Risalah Menggunakan Microsoft Power Point

Tarikh    : 9 November 2018

Masa     : 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : 7 Orang

 

Tujuan

Tujuan kelas diadakan pada kali ini adalah untuk menambah keahlian PI yang sedia ada. Selain itu, ia dapat menambah kecekapan menggunakan internet secara bijak dan berhemah agar peserta terhindar daripada melakukan perbuatan yang boleh diklasifikasikan sebagai jenayah siber. Penguasaan para peserta dalam menggunakan Microsoft Power Point dapat ditingkatkan melalui bimbingan dan latihan yang telah diberikan. Peserta menjadi kreatif untuk menghasilkan risalah yang cantik dengan adanya kemahiran dalam menggunakan perisian tersebut. 

Aktiviti

Pada permulaan kelas, peserta diajak bersama-sama menonton video tentang jenayah siber. Video itu memberi pengetahuan tentang aktiviti penipuan di internet yang tergolong dalam jenayah siber. Para peserta mendengar penerangan daripada petugas yang mengingatkan peserta agar berwaspada agar tidak menjadi mangsa jenayah siber. Seterusnya, peserta diajar tentang Microsoft Power Point dan kegunaannya. Petugas mengajar para peserta membuat risalah menggunakan perisian tersebut iaitu cara menaip tajuk dan mengisi maklumat, memasukkan petak dan mengedit gambar untuk mencantikkan risalah yang dibuat.