mcmc
Maklumat Setempat

KDB : Maklumat palsu, dashboard komuniti : pengumuman, microsoft power point : latihan membuat carta organisasi keluarga dan e-pembelajaran : kuiz Bahasa Melayu, sains dan matematik

55692824 570004636831422 7892967975177682944 n

Meningkatkan pengetahuan pelajar tentang penggunaan aplikasi dashboard komuniti dan microsoft power point.

Laporan April – KDB : maklumat palsu, dashboard komuniti : pengumuman, microsoft power point : latihan membuat carta organisasi keluarga dan e-pembelajaran : kuiz Bahasa melayu, sains dan matematik

Tarikh    : 1 April 2019

Masa     : 2.00 Petang – 4.30 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : 12 Orang

Tujuan

Kelas yang diadakan kali ini berupaya memberi kesedaran kepada para peserta tentang penyebaran maklumat palsu di internet khususnya di laman sosial seperti facebook. Peserta diingatkan agar berhat-hati dan tidak mudah mempercayai maklumat yang diperoleh. Mereka disarankan agar menyelidik dahulu sebarang maklumat yang dikongsikan oleh individu lain sebelum menyebarkannya.  Seterusnya, penglibatan peserta di dalam kelas dapat meningkatkan penggunaan dashboard komuniti dalam kalangan mereka.  Dalam masa yang sama, peserta menjadi semakin mahir menggunakan microsoft power point untuk membuat carta organisasi keluarga yang cantik dan kreatif. Penyertaan mereka dalam kelas yang diadakan juga berupaya menambahkan kemahiran mereka dalam subjek bahasa Melayu, sains dan matematik melalui aktiviti kuiz online yang telah diadakan.

Aktiviti

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB tentang maklumat palsu. Petugas mengingatkan peserta agar sentiasa berhati-hati sebelum mempercayai maklumat yang diperolehi di internet. Seterusnya, peserta diajak membuka aplikasi dashboard komuniti. Petugas PI meminta peserta membuat pengumuman menggunakan aplikasi itu. Selepas itu, peserta diminta membuat carta organisasi keluarga menggunakan microsoft power point. Petugas mengajar peserta cara memasukkan gambar, perkataan dan cara-cara lain untuk mencantikkan carta organisasi yang dibuat. Pada akhir kelas, peserta diajak mengulangkaji pelajaran menggunakan laman kuiz online.  Antara subjek yang diulangkaji ialah bahasa Melayu, sains dan matematik.