Matlamat kelas pada minggu ini adalah untuk memberi kesedaran kepada para peserta tentang penyebaran maklumat yang tidak benar yang sering berlaku dewasa ini. Selain itu, peserta akan dapat menambah pengetahuan asas komputer dan microsoft word serta dapat meningkatkan kemahiran menaip dan membuat jadual. Pada masa yang sama, peserta turut diajar untuk memanfaatkan internet dan website untuk mencari maklumat.
Laporan Januari – KDB : Maklumat Palsu dan latihan menaip dan membuat jadual menggunakan microsoft word serta mencari maklumat menggunakan internet dan website.
Tarikh : 5 Januari 2019 Masa : 2.30 Petang – 5.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : 7 Orang |
Tujuan
Matlamat kelas pada minggu ini adalah untuk memberi kesedaran kepada para peserta tentang penyebaran maklumat yang tidak benar yang sering berlaku dewasa ini. Selain itu, peserta akan dapat menambah pengetahuan asas komputer dan microsoft word serta dapat meningkatkan kemahiran menaip dan membuat jadual. Pada masa yang sama, peserta turut diajar untuk memanfaatkan internet dan website untuk mencari maklumat.
Aktiviti
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB yang bertajuk ‘maklumat palsu”. Petugas mengingatkan kepada para peserta supaya berhati-hati agar tidak mudah mempercayai maklumat yang diperoleh di media sosial bagi mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa penipuan. Sekiranya mereka ingin berkongsi sebarang maklumat, mereka harus meneliti sama ada maklumat itu benar atau tidak. Seterusnya, petugas mengajak para peserta belajar menaip dan membuat jadual menggunakan microsoft word. Petugas turut memberikan peserta latihan yang memerlukan mereka mencari maklumat di internet menggunakan website. Peserta diminta menaip maklumat yang diperoleh di jadual yang telah dibuat.