mcmc
Maklumat Setempat

KDB : Maklumat Palsu, tayangan video tentang sejarah penciptaan komputer dan latihan membuat kad ucapan hari lahir menggunakan Microsoft word

52596320 1477193875744756 7808076108326240256 n

Meningkatkan pengetahuan pelajar tentang penggunaan internet dengan bijak. Selain itu, ianya dapat menambahkan pengetahuan peserta tentang sejarah penciptaan komputer. Minat mereka agar selalu mengunjungi PI turut dapat disemai.

Laporan Mac – KDB : Maklumat Palsu, tayangan video tentang sejarah penciptaan komputer dan latihan membuat kad ucapan hari lahir menggunakan Microsoft word

Tarikh    : 1 Mac 2019

Masa     : 2.30 Petang – 5.00 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : 10 Orang

 

Tujuan

Kelas yang diadakan kali ini berupaya memberi kesedaran kepada peserta kesan negatif sekiranya berkongsi maklumat yang tidak benar di internet. Sikap peka di kalangan peserta agar menyelidik sebarang maklumat yang diperoleh di  internet sebelum membuat perkongsian tentang maklumat tersebut dapat dipupuk. Selain itu, penglibatan para peserta dalam kelas yang diadakan berupaya menambahkan pengetahuan peserta tentang sejarah penciptaan komputer. Pada masa yang sama, kemahiran peserta dalam menggunakan microsoft word untuk membuat kad hari lahir dapat ditingkatkan. Seterusnya, minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI dapat disemai. Petugas dapat juga mempromosi aktiviti PI dan menambah keahlian PI Pekan Samarahan yang sedia ada.

Aktiviti

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB tentang “Maklumat palsu”. Peserta diingatkan bahawa tidak semua maklumat yang dipaparkan di internet adalah benar justeru mereka haruslah menyelidik dahulu kesahihan sesuatu maklumat sebelum bertindak berkongsi maklumat itu dengan orang lain. Hal ini demikian kerana, tindakan berkongsi maklumat yang tidak benar mampu menyebabkan reputasi seseorang individu ataupun sesebuah perniagaan terjejas malah individu yang berkongsi maklumat palsu itu boleh dikenakan tindakan undang-undang. Seterusnya, peserta diajak menonton video di youtube tentang sejarah penciptaan dan perkembangan teknologi komputer dari generasi pertama hingga kelima. Selepas itu, peserta diberi tunjuk ajar tentang cara menghasilkan kad hari lahir yang cantik dan menarik menggunakan microsoft word. Untuk mendapatkan gambar yang menarik, peserta diajar cara mencari bingkai yang sesuai di google. Petugas mengajar peserta cara memasukkan bingkai kad ucapan pada microsoft word, cara memasukkan perkataan dan mengedit tulisan. Kad yang telah disiapkan oleh para peserta telah dicetak di atas kertas berwarna. Para peserta berasa seronok melihat kad yang berjaya dihasilkan.