Kelas pada kali ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan untuk melupuskan sisa buangan elektronik khususnya telefon bimbit terpakai dengan cara yang betul. Peserta juga telah didedahkan dengan perisian yang sangat berguna untuk mengedit gambar iaitu Adobe Photoshop CS6.
Laporan Jun – KDB : Mobile e-waste dan Adobe photoshop CS6 : Latihan mengedit imej
Tarikh : 10 Jun 2019 Masa : 2.30 petang – 4.30 petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Tujuan kelas diadakan adalah untuk memberi pengetahuan kepada peserta tentang usaha pihak MCMC dengan kerjasama PI untuk mendidik masyarakat agar melupuskan sisa buangan elektronik khususnya telefon bimbit terpakai dengan kaedah yang betul. Hal ini penting agar pencemaran alam akibat daripada pembuangan sisa elektronik yang sebarangan dapat dikurangkan. Selain itu, peserta dapat mengasah kemahiran menggunakan Adobe Photoshop CS6. Mereka akan menjadi kreatif mengedit gambar menggunakan perisian itu. Kelas yang diadakan juga berupaya memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI dan memberi pendedahan tentang kewujudan PI Pekan Samarahan. Dalam masa yang sama, petugas dapat mempromosikan aktiviti PI serta menambah keahlian PI Pekan Samarahan yang sedia ada.
Aktiviti
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB tentang mobile e-waste. Seterusnya, peserta diminta membuka perisian Adobe Photoshop CS6. Peserta diminta membuat suntingan imej menggunakan perisian itu. Petugas mengajar peserta cara memasukkan gambar, cara memotong latar belakang gambar dan cara memindahkan gambar ke latar belakang yang baru. Peserta turut diajar cara memasukkan dan mencantikkan tulisan. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan hasil kerja yang dibuat dalam bentuk JPEG.