Meningkatkan pengetahuan pelajar tentang penggunaan aplikasi dashboard komuniti dan microsoft power point.
Laporan Mac – KDB : Mobile e-waste, Dashboard : My Shop dan Microsoft Power Point : Latihan membuat poster
Tarikh : 4 Mac 2019 Masa : 2.30 Petang – 5.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : 7 Orang |
Tujuan
Kelas yang diadakan kali ini berupaya memberi kesedaran kepada para peserta tentang kaedah yang betul untuk melupuskan telefon bimbit terpakai. Penggunaan dashboard komuniti dalam kalangan pelajar sekolah dapat ditingkatkan. Dalam masa yang sama, peserta menjadi semakin mahir menggunakan microsoft power point untuk membuat poster yang cantik dan kreatif. Seterusnya, penyertaan mereka dalam kelas yang diadakan berupaya menarik minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI yang akan diadakan pada masa akan datang.
Aktiviti
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB tentang “Mobile e-waste”. Petugas PI menjelaskan kepada para peserta kesan negatif yang akan berlaku kepada alam sekitar sekiranya telefon bimbit terpakai tidak dilupuskan dengan cara yang betul. Seterusnya, peserta diajak membuka aplikasi dashboard komuniti. Petugas PI meminta peserta memuat naik produk yang ada diniagakan oleh ahli keluarga mereka di ruangan my shop. Hal ini seterusnya dapat membantu mereka meluaskan lagi pengiklanan produk mereka. Akhir sekali, peserta diminta membuat poster program menggunakan microsoft power point. Petugas mengajar peserta cara menukar margain power point itu, cara memasukkan gambar, perkataan dan cara-cara lain untuk mencantikkan poster.