Penglibatan para peserta dalam kelas kali ini dapat meningkatkan pengetahuan mereka dalam menggunakan internet dengan bijak. Selain itu, ianya dapat menambah pengetahuan asas komputer dan Microsoft Office Word. Hal ini seterusnya dapat meningkatkan kemahiran mereka menggunakan Microsoft Word iaitu kemahiran menaip dan menghasilkan peta minda. Kelas kali ini turut mendedahkan kepada peserta aktiviti kuiz atas talian yang dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran.
Laporan Oktober – KDB (Berkongsi Secara Berlebihan), Microsoft Office – (Membuat Peta Minda) &
E-Pembelajaran
Tarikh : 19 Oktober 2018 Masa : 2.00 Petang – 4.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Menambah kecekapan menggunakan internet secara bijak dan berhemah. Hal ini seterusnya dapat mengelakkan diri para peserta daripada kejadian yang tidak diingini kesan daripada penggunaan internet yang kurang bijak. Penguasaan para peserta dalam menggunakan Microsoft Word dapat ditingkatkan melalui latihan yang telah diberikan. Menguji ketangkasan peserta untuk menaip. Melatih peserta kemahiran membuat peta minda menggunakan Microsoft Word. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI Pekan Samarahan. Menambah keahlian PI sedia ada. Peserta semakin minat untuk belajar dengan adanya kuiz atas talian.
Aktiviti
Pada permulaan kelas, peserta diajak bersama-sama menonton video modul Klik Dengan Bijak (KDB) bertajuk “Berkongsi Secara Berlebihan”. Video itu menceritakan tentang kesan negatif sesetengah pengguna internet yang suka berlebih-lebihan dalam memuat naik perihal diri di internet khususnya laman sosial. Para peserta mendengar penerangan daripada petugas yang mengingatkan peserta agar lebih berwaspada jika memasukkan maklumat ke dalam internet. Petugas menerangkan kepada peserta cara menggunakan Microsoft Office Word. Petugas juga menerangkan tentang cara menaip dan cara membuat peta minda menggunakan perisian tersebut. Peserta turut diajar cara menyimpan fail yang telah dibuat. Selepas aktiviti tersebut, peserta diajak untuk untuk bermain kuiz atas talian iaitu kuiz berkaitan subjek pendidikan Islam, sejarah dan matematik.