mcmc
Maklumat Setempat

KDB (Penipuan di internet), latihan menggunakan Microsoft Power Point & kuiz online Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

46713628 555676851544801 1093665266753077248 n

Tujuan kelas diadakan pada kali ini adalah untuk memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI. Dalam masa yang sama, ia mampu memberi kesedaran kepada peserta agar tidak menjadi mangsa penipuan di internet. Selain itu, peserta dapat menambah pengetahuan asas komputer dan Microsoft Power Point serta meningkatkan kemahiran menggunakan perisian tersebut. Minat peserta agar tertarik untuk mengulangkaji pelajaran dapat dipupuk melalui aktiviti kuiz atas talian.

 

Laporan November – KDB (Penipuan di internet), latihan menggunakan Microsoft Power Point & kuiz online Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Tarikh    : 17 November 2018

Masa     : 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : 7 Orang

 

Tujuan

Tujuan kelas diadakan pada kali ini adalah untuk memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI. Dalam masa yang sama, ia mampu memberi kesedaran kepada peserta agar tidak menjadi mangsa penipuan di internet. Selain itu, peserta dapat menambah pengetahuan asas komputer dan Microsoft Power Point serta meningkatkan kemahiran menggunakan perisian tersebut. Minat peserta agar tertarik untuk mengulangkaji pelajaran dapat dipupuk melalui aktiviti kuiz atas talian.

Aktiviti

Kelas yang diadakan pada kali ini dimatlamatkan untuk murid sekolah tahap satu. Pada permulaan kelas, peserta ditayangkan dengan video Klik Dengan Bijak yang bertajuk penipuan di internet. Seterusnya, petugas memperkenalkan kepada peserta Microsoft Power Point serta kegunaannya. Petugas mengajar peserta cara membuat kata-kata hikmah dan cara mendapatkan latar belakang gambar yang cantik di google untuk mencantikkan power point yang dibuat. Selepas itu, peserta diajak mengulangkaji pelajaran dengan bermain kuiz atas talian. Kuiz yang dibuat latih tubi pada kali ini adalah kuiz berkaitan subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.